Najib Perlu Dipersalahkan Atas Kelembapan Ekonomi Dunia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan Malaysia untuk kekal berdaya tahan di tengah-tengah kelembapan ekonomi global, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.

Pua berkata, sepatutnya ada lebih banyak dana diselamatkan ketika Malaysia menikmati keuntungan daripada harga minyak yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Apa yang berlaku kepada semua pendapatan yang berlebihan semasa pemerintahan beliau (Najib), apabila harga minyak berada di atas AS $ 100 setong?,"soalnya.

Menurutnya, durian runtuh yang diperolehi semasa tahun-tahun keuntungan sepatutnya cukup untuk simpanan atau dilaburkan bagi memastikan negara dapat mengeimbangi penurunan harga minyak dan kelembapan ekonomi global.

Pua berkata pengakuan Najib bahawa negara ini dijangka berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar juga menunjukkan bahawa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah inisiatif yang tidak mencapai matlamat.

"Ironinya, pengakuan Najib yang kita berdepan harga minyak antarabangsa dan kadar faedah Amerika Syarikat membuktikan prestasi ekonomi sederhana semasa kepimpinannya dicapai ketika harga minyak berada dipuncak dan kadar faedah rendah, bukan disebabkan pengurusan ekonominya," kata Pua.

Najib dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri Isnin lalu berkata senario ekonomi yang mencabar ketika ini dipengaruhi oleh "faktor-faktor luaran" dan berada di luar kawalan kerajaan.

Antara lain, Najib berkata ia disebabkan pengurangan dalam pendapatan persekutuan akibat kejatuhan harga minyak global dan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menormalkan kadar faedah dan menjadikan dolar Amerika Syarikat lebih kukuh berbanding ringgit.- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget