Rafizi: Dedah bagaimana sukuk RM2.4 bilion dibelanja?


Firma pelaburan negara 1MDB tidak menjawab soalan dan gagal memberikan perincian bagaimana sukuk (bon islamik) RM2.4 bilion untuk Bandar Malaysia dibelanjakan, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sebaliknya, ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 1MDB membuat kenyataan umum bahawa kesemua dana dari terbitan sukuk itu dibelanja seperti ditetapkan.

“1MDB tidak menjawab soalan yang paling utama ke manakah baki RM1.6 bilion dari terbitan sukuk tersebut?," Soal Rafizi dalam kenyataan media hari ini.

Rafizi mendakwa 1MDB semalam mengakui kos keseluruhan pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan udara adalah sebanyak RM2.7 bilion dan baki bayaran berjumlah RM1.9 bilion.

"Ini bermakna 1MDB mengakui bahawa dari keseluruhan kos RM2.7 bilion, hanya RM800 juta telah dibayar sekarang. Oleh sebab itu, baki yang perlu dilangsaikan adalah RM1.9 bilion,".

"1MDB juga mengakui liabiliti RM1.9 bilion ini kini perlu ditanggung oleh konsortium yang membeli 60 peratus pegangan dalam Bandar Malaysia (yang turut membabitkan syarikat berkaitan Kerajaan China)," ujarnya.

Beliau mempersoalkan ke mana baki selebihnya sekiranya hanya RM800 juta dari sukuk berjumlah RM2.4 bilion itu telah dibelanjakan.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget