PBB Lambir gerak jentera pilihan raya pastikan sokongan rakyat


MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir menggerakkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu di peringkat akar umbi terus bertapak kukuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir Ripin Lamat berkata bilik operasi bagi PRN setiap ranting dan cawangan mula beroperasi sekarang.

“PBB Lambir kini bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRN dan akan bekerjasama rapat dengan komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk mengekalkan kemenangan BN,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama ketua Wanita PBB Lambir, ketua pemuda serta wakil ketua ranting PBB Lambir.

Ripin berkata PRN dijangka diadakan dalam masa terdekat dan adalah penting kekuatan sokongan peringkat akar umbi diperkukuhkan.

“Ini penting bagi memastikan semua isu berbangkit dapat dikenal pasti seterusnya kemahuan rakyat di DUN ini dapat diberi perhatian,” jelasnya.

Ketua PBB Lambir itu memberitahu bahawa selain menggerakkan jentera pilihan raya, komponen BN lain di kontituensi berkenaan turut mengenal pasti isu-isu berbangkit serta menjalankan pelbagai program untuk rakyat.

Sementara itu, ranting PBB turut ditubuhkan dalam konstituensi Lambir ialah PBB Kampung Batu 8, Taman Jelita, Airport/Rait/Tukau dan Kampung Danau/Opak.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget