Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini memberi amaran kepada sesiapa yang mencampuri siasatan badan anti rasuah persekutuan itu, kerana mereka tidak akan terlepas daripada diadili.
Katanya, mereka yang melakukan kesalahan, sama ada ahli politik, tokoh korporat atau orang biasa, akan dinilai bukan saja oleh mahkamah tetapi masyarakat umum.
"Kepada pihak yang mahu menghalang siasatan dan kes yang dibicarakan, dunia hari ini sudah berbeza. Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan," kata Abu Kassim dalam teks ucapan yang dibacakan timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada majlis perasmian Kevin Morais Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
"Jangan cuba menghalang, mengganggu dan mengekang proses siasatan dan perbicaraan. Anda boleh memenangi perjuangan anda untuk menyembunyikan bukti daripada mata penguatkuasa undang-undang, tetapi anda tidak boleh bersembunyi di mata orang ramai," katanya.
Beliau berkata, seseorang yang melakukan kesalahan hanya boleh lepas daripada diadili untuk tempoh waktu tertentu, tetapi tiada yang boleh bersembunyi selama-lamanya.
"Mereka boleh mengelak daripada dikesan untuk satu tempoh tertentu - satu bulan, dua bulan, satu tahun, dua tahun, tetapi tidak selama-lamanya.
"Ingat, siasatan tidak akan berhenti hanya kerana ada pihak yang cuba menyembunyikan bukti atau melarikan saksi.
"Jika terbukti bersalah, mahkamah adalah tempat pengadilan kelak. Rakyat akan menilai dan menghukum anda.
"Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat dan pemimpin politik," kata Abu Kassim.
Beliau juga mengingatkan mereka yang menerima upah atau wang imbuhan ketika bersubahat dalam sesuatu perbuatan salah, pasti tidak akan berasa tenang.
"Kepada yang menjadi macai atau mereka yang bersubahat, cuba menggagalkan siasatan atau perbicaraan kes rasuah. Ingatlah apa juga upah atau imbuhan yang diperoleh, tidak akan menjamin ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan," katanya.
Katanya, sekiranya perkara sedemikian terjadi, pihak atau individu yang terlibat itu akan akhirnya sedar yang tindakan mereka itu langsung tidak bernilai jika dibandingkan dengan maruah diri yang hilang.
"Perbuatan keji yang dilakukan akan mengganggu kehidupan kita sehingga akhir hayat. Jika perbuatan tersebut terbongkar, kamu akan dihina dan dikeji masyarakat," katanya.
Ketika Shukri membacakan ucapan menyentuh mengenai Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh, beliau sebak dan mengalirkan air mata mengenangkan komitmen dan dedikasi tinggi diperlihatkan mendiang.
"Tuan Kevin, kehilangan tuan menjadi peniup semangat untuk kami mempertahankan kedaulatan undang-undang negara ini.
"Kami yang masih hidup ini berjanji, pengorbanan tuan menjadi kekuatan untuk memerangi rasuah tanpa kira besar atau kecil. Tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang walau setinggi mana kedudukan mereka," katanya.
Kevin dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi 4 September. Mayatnya ditemui dalam tong dram berisi simen di Subang Jaya pada 16 September.
Mahkamah moot di akademi itu dinamakan semula hari ini sebagai penghormatan kepada beliau yang pernah berkhidmat selama 10 tahun di SPRM, dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara.
Tiga adik-beradiknya – Charles Suresh, David Ramesh dan Datuk Richard Dilaan – turut hadir pada majlis hari ini.
Sementara itu, Charles dalam ucapannya, berdoa supaya mereka yang melakukan pembunuhan abangnya tidak terlepas daripada dibawa ke muka pengadilan.
"Saya berharap agar legasinya akan berterusan sebagai satu inspirasi dalam menegakkan keadilan.
"Saya berdoa kepada Tuhan supaya mereka yang berbuat sedemikian kepada adik saya akan menerima hukuman mati," katanya.
Dalam masa sama, Ketua Pasukan Komunikasi Strategik SPRM Dr G Manimaran berkata, Abu Kassim yang sedang bercuti ketika ini dijangka memulakan tugasnya semula pada 13 Oktober ini.
- Thr Malaysian Insider
Post a Comment
Setuju sgt ttg artikel ini. Namun...lakukn demi krn Allah Swt dn demi Rakyat yg mnjd mgsa kezaliman pemimpin konon pmbela rakyat.. Bnr.. Selama mn nk 'sorok' kegiatn hodoh ini ..? brp lm 1 buln, 1 tahun, brp lm..? Allah SWT maha Adil lgi Bijksana... Sbg rakyat, sy liht prkr Rasuah ni sudh mnjd spt Barah. Maaf.. Apa yg mnggerunkn lgi ialah...? Bukn setakat Rasuah malah LBGT semakin 'MengGILA'. Maaf sgt2.. Dan lgi lg lgi dn lgi.... KetidakHARMONIAn sbhgn rkyat jelata, Isu Perkauman, Agama, SeSama Melayu 'bergaduh' tak sudah2..! Dan lain2 lgi... Hrpan dan doa sy agar Allah SWT tdk turunkn BALA lgi utk Ngra kt.. Aamiin... Inilh bahananya jika mmbelakngkn KALAM ALLAH SWT DAN SUNNAH RASULULLAH SAW.. Kebnyk Pemimpin Melayu Islm berkurun lama mnjd Pemimpin-konon-namun..? SEBAHAGIAN YE! Apa yg brlaku kini, menunjukkn siapakh Pemimpin kt yg sbnr2nya... Ampun Maaf, tiada keAdilan adil utk/kpd rakyat .. Mmg sbg mnusia tiada seorg mnusia yg adil hny..? ALLAH SWT namun, kalau utk diri keturunan dn kroni .. Adil sgtlah?? BERDOSA... SBG PMIMPIN JWB SHJ DIHADAPN ALLAH SWT NNT ATAU DI DUNIA INI SDG HDPI SBRG 'KEMURUNGAN' PERASAN DAN JASAD YG MNJD MGSA DEK KERAKUSAN KUASA...!! Skrg pun tnp sedar, Allah SWT sdg memutarkn roda khdpan mnusia dan Ngara kita - tak terlpas UTK MANGSA DAN PEMANGSA...!!! Surah Iftitah+Al-Fatihah+Al-'Asr+Surah An-Naba'
- drp hamba dan kpd hamba Allah SWT ... Sdra SeMuslim dan Sdra juga kpd Sdra yg belum lagi Muslim.. Insyaa Allah Swt, belum lgi Muslim akn diberikn Hidayah, yg utama...? IKHLASkn diri dn hidup sbg mnusia...Aamiin Allahumma Aamiin Yaa Karim... Ampun Maaf dan jutn TERIMA KASIH Wahai YgBerbhg Tuan krn ..? sudi Publish tegurn sy ini utk kebaikn kita semua. Yg lemah / tdk sempurna drp diri sy sndri yang Sempurna lagi Berkuasa hanya MILIK ALLAH SWT... Sekian..