Proses naik taraf jalan kampung di pinggir bandar berterusan


MIRI: Usaha menaik taraf jalan di kampung khasnya kawasan pinggir bandar adalah proses berterusan.

Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Kim Shin berkata, kerajaan terus menitikberatkan keperluan rakyat bagi membolehkan mereka menikmati bersama pembangunan dirancang.

Lee juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian semasa lawatan projek menaik taraf jalan di Riam pada pagi semalam.

Mengulas tentang projek berkenaan, projek menaik taraf laluan itu melibatkan kerja penurapan semula jalan.

“Projek ini telah siap. Ia melibatkan Jalan Reservoir, Jalan Kampung Lusut, Jalan Sungai Dalam Batu 5 ½ Jalan Miri Bintulu dan Jalan Batu 6. Ia melibatkan kos RM271,000,” jelas Lee.

Kerja meletak batu kelikir juga akan dilakukan di jalan tanah dan becak khasnya laluan ke kebun sayur dan buah banyak terdapat di Riam.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget