Rayuan Nurul Izzah kepada AS hanya buang tenaga


KOMEN: Walaupun aura berita baik dan sirkus media, rayuan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk campur tangan bagi memastikan pembebasan ayahnya, ketua ulung Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan hanyalah omong kosong tanpa banyak kesan.

Sepertimana PAS dikatakan sebagai anjing yang menyalak bukit dalam pertikaian mereka dengan Pakatan, begitu juga rayuan Nurul Izzah kepada AS. Sekuat mana pun dia berusaha, saya ragu-ragu yang Nurul boleh membuatkan AS berubah pendirian.

Kita perlu ingat yang AS akan terus bermain dengan permainan PR serta kadang kala memberikan beberapa kata-kata keras tentang isu Anwar, tetapi mereka akan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak sepenuhnya selagi mana dia bernilai dan masih mengangkatnya, selagi mana ia memenuhi kepentingan mereka.

Dan apabila perubahan regim tidak dapat dielakkan, mungkin mereka akan menawarkan Najib jalan keluar dan ketika inilah akan sedaya upaya menyokong kerajaan “demokratik” baru Malaysia, yang mereka akan dakwa telah lama menjunjung kebebasan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

Kerana itulah AS bersungguh-sungguh menjadi talam dua muka, memberikan Najib “lawatan golf” yang cukup dan terus menjalinkan hubungan baik dengannya selain menghulurkan “bantuan” kepada pembangkang melalui capaian akar umbi, bantuan kewangan kepada ‘NGO’, lawatan bekerja dan biasiswa untuk pemimpin akan datang serta pelbagai lagi.

Sepertimana UK terus mempengaruhi bakat terbaik Malaysia melalui Chevening dan “bantuan” lain bagi memastikan dominasi elit British yang mesar begitu juga dengan AS, EU, dan kerajaan-kerajaan lain berbuat perkara yang sama dengan bakal-bakal pemimpin kedua belah pihak.

Ini seperti apa yang dilakukan sewaktu zaman purba Rome yang gemar menangkap atau menjaga golongan muda elit lawan dan rakan untuk membantu membentuk pemikiran, pengajaran dan ketamadunan Rome, dengan menyuntik pemikiran muda ini dengan kehebatan dan keagungan Rome.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh AS dengan pemimpin Malaysia daripada pelbagai pihak. Nurul Izzah patutnya mengetahuinya, dan ayahnya juga sudah pasti memahami yang penggunaan dan pragmatism perkara-perkara ini, lagipun dia sudah biasa dengan semua ini sejak dia muda.

Kita perlu ingat yang AS berhubungan baik dengan kedua-dua pihak dalam pergelutan antara rejim Marcos dan Aquino di Filipina, dan mengangkat kedua belah pihak selagi mana mereka memihak kepada dasar luar AS.

Mereka membantu bekas presiden Ferdinand Marcos berkuasa selagi mana ia memberi kebaikan kepada kepentingan mereka dan melakukan perkara yang sama dengan keluarga Aquino, selepas membantu pelarian Marcos.

Buat sekarang, rejim Aquino, yang digelar sebagai pro kebebasan media dan mesra dengan aktivis, bertindak lebih kurang sama dengan Marcos dalam soal kehilangan dan pelbagai lagi pencabulan isu hak asasi manusia.

Dan AS masih menyokong mereka, dan kerajaan tentera di Thailand dan Mesir, seperti mana berlaku di Pakistan dan negara-negara lain, termasuklah di Indonesia di bawah pemerintahan Suharto, di mana ribuan suspek “komunis” ditangkap dan dibunuh.

Hakikatnya, kebanyakan diktator di Timur Tengah mampu meneruskan pentadbiran mereka hanya kerana AS memberikan sokongan mereka seperti Mubarak di Mesir dan sekarang Assisi, Assad di Syria, Musharraf di Pakistan dan Keluarga Saud di Arab Saudi.

AS akan mengecam tindakan tidak demokratik sesuai dengan keselesaan mereka, tetapi tidak teragak-agak untuk menggelarkan diktator kejam sebagai rakan AS, apabila situasi menuntut mereka berbuat demikian. Najib juga tiada bezanya.

Jadi saya tidak fikir mereka akan bertindak, sekalipun Najib menghukum mati Anwar.

Mungkin mereka akan menimbulkan sedikit kekecohan tetapi setakat itu sahajalah. Tetapi sebab mengapa Najib masih diterima kerana AS masih memerlukannya untuk membuat kerja-kerja kotor mereka.

Najib mungkin menerima liputan buruk media sejak kebelakangan ini, tetapi dia masih diraikan kerana apa yang dikatakan di PBB. Dia baru memerikan AS sebab untuk memulakan rangkaian perisikan digital serantau, yang didakwa boleh menghentikan propaganda dalam talian kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

Bukanlah hendak dikatakan yang AS tidak pernah berbuat begitu, kerana mereka memang diketahui untuk merisik dalam talian dan menerusi telefon bimbit, tetapi kini cadangan Najib diambil kira oleh PBB, dan AS mempunyai perlindungan yang sah untuk terus melakukan apa yang telah dilakukan tanpa menerima liputan media yang buruk.

Dan sebaik sahaja pengumuman Najib, Kedutaan AS menerusi tweetnya mengatakan yang Malaysia telah menyertai perang memerangi IS. Kerana itulah Najib masih diperlukan, untuk memberikan sebab moral yang diperlukan untuk menutup aktiviti yang sedang berjalan dalam “perang memerangi keganasan” yang baru ini.

Tidak termasuk lagi dengan keperluan Najib dalam cadangan perjanjian perdagangan TPPPA juga.

Isu utama yang perlu diingat oleh semua, tidak kisahlah bagaimana AS mendakwa dirinya selaku demokrasi terhebat dunia dan presiden mereka sebagai “presiden dunia bebas”, dasar luar AS hanya memenuhi kepentingan Amerika.

Manfaatnya termasuklah kepimpinan politik, elit korporat, pelobi Yahudi dan rakyat Amerika yang “demokratik” kecuali orang asal Amerika Utara, Hawaii, sebahagian Virgin Island dan Puerto Rico.

Maka kerana itu, tidak Nurul, saya tak fikir anda akan dapat apa-apa pertolongan dan sokongan untuk ayah anda dari AS, walaupun mereka mengangguk sopan dan berkata “kami dengar apa anda cakap”.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget