PAS bakal letak calon bukan Islam


KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri bersepakat meletak seorang calon bukan Islam di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 depan.

Menyuarakan perkara tersebut, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, peletakan calon bukan Islam itu membuktikan PAS sebagai parti politik untuk semua.

“Apabila kita (PAS) menonjolkan calon bukan Islam di kawasan baharu yang pemilihnya juga majoriti bukan Islam, ia jelas memperlihat bahawa kita bukan parti ekstremis seperti sering diperkatakan.

“Ia merupakan usaha parti berjuang mewakili semua suara rakyat di negeri ini tanpa mengira latar belakang termasuk perbezaan bangsa mahupun agama,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Katanya, PAS Negeri juga sudah turun padang mendekati rakyat sejak dahulu lagi dengan menziarahi rumah ke rumah bagi mendapatkan maklum balas selain mendengar masalah dihadapi rakyat.

Ketika ditanya mengenai harapan PAS Negeri memenangi kerusi sulung dalam PRN kali ini, beliau memberitahu, menang atau kalah itu sudah menjadi adat pertandingan, justeru, PAS tidak akan mengundur diri selagi belum mencuba.

Katanya, kenyataan dikeluar Veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos menerusi akhbar baru-baru ini yang mengatakan PAS hanya ‘cakap besar’ dan tidak mungkin akan memenangi kerusi DUN dalam PRN Ke-11, disifatkan sebagai pembakar semangat setiap ahli PAS Negeri.

“Ingin saya berterima kasih dengan beliau (Datuk Peter Minos) kerana mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana itu hanya kaedah untuk melemahkan parti kami, sebaliknya kami semakin bersemangat untuk menjadi lebih kuat.

“Selagi kita belum bertanding, selagi itu kita akan berusaha dan bekerja keras dalam menentukan sama ada akan menang ataupun kalah dalam PRN nanti, sekaligus membuktikan kemampuan parti,” jelasnya.

Baru-baru ini, Peter dalam satu kenyataan menyifatkan PAS akan kalah dalam PRN kali ini ekoran pemerintahan lemah yang ditunjukkan oleh parti Islam itu dalam mentadbir negeri Kelantan.

“Biarlah mereka (PAS) bertanding. Mereka cakap besar, cakap mahu menang tapi berkemungkinan besar mereka akan kalah dalam PRN akan datang.

“PAS sendiri telah menunjukkan tidak mampu menjaga Kelantan, menjadikan Kelantan sebagai negeri termiskin dalam Malaysia dan tiada harapan untuk masa depan.

“Justeru rakyat Sarawak begitu baik dalam menjauhkan diri daripada PAS selama ini,” katanya.-Borneo Post

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget