Mukriz rayu UMNO tidak lantik'budak suruhan' ganti tempat beliau


ALOR SETAR: Di hadapan 20,000 penyokong yang hadir di Stadium Darul Aman malam ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu kepimpinan UMNO supaya jangan menggantikan beliau dengan ‘budak suruhan’ yang tidak berani bersuara untuk rakyat Kedah.

Dikala Presiden UMNO sendiri dibelit skandal dan kontroversi kos sara hidup, Mukhriz yang menghadapi cubaan penyingkiran dalaman parti berjanji akan terus berkhidmat selagi rakyat Kedah memerlukan.

“Apa jua kesudahannya, biarlah kita cari pemimpin yang berintegriti tinggi dan beri tumpuan kepada rakyat di Kedah,” katanya, disambut gempita sorakan yang mengisi segenap stadium.

“Macam saya minta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turun hingga tiga peratus. Saya bawa suara rakyat!” katanya membela diri, yang disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan “Hidup Mukhriz”.

Acaranya malam itu seiring dengan perlawanan persahabatan antara pasukan bolasepak negeri dan kelab daripada Pulau Mutiara, Sungai Ara F.C.

Apa kebarangkalian perlawanan itu semata-mata mampu menarik kehadiran 20,000 orang?

Di kala teka-teki kedudukan beliau masih belum terjawab, Mukhriz pada malam ini menunjukkan tumpuannya hanya pada rakyat Kedah.

“Apa kesudahan, saya berjanji selagi rakyat Kedah perlukan saya, saya tetap bersama-sama.

“Apa jawatan, saya tetap beri tumpuan, untuk angkat martabat rakyat Kedah setinggi boleh,” tegasnya.

Awal hari ini, 20 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah daripada Barisan Nasional dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah. 19 daripada mereka dilaporkan menandatangani akuan berkanun mahu Mukhriz disingkirkan.

Malam ini, kehadiran Mukhriz di Stadium Darul Aman disambut penyokongnya dan mereka berarak dari luar stadium hingga ke dalam stadium.

Turut bersama Mukhriz, pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan Adun Jitra, Aminuddin Omar yang enggan menandatangani akuan berkanun itu.

“Terima kasih banyak,” kata Menteri Besar Kedah itu. Buat masa ini. Hadirin menyalakan lampu telefon bimbit masing-masing dan bersama Mukhriz mereka melagukan nama Allah.

“Saya terhutang budi sokongan diberikan oleh semua,” katanya, sebelum mengakhiri acara.

Acara malam ini adalah hasil rentetan sidang media 20 Jan lalu di mana Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama 14 lagi ketua bahagian Umno serta beberapa Exco Negeri meluahkan hilang rasa percaya mereka terhadap kepimpinan Mukhriz.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget