Singapura bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat, berhubung siasatan terhadap kemungkinan pengubahan wang haram dan kesalahan lain yang dilakukan di Singapura, menurut laporan The Business Times.
"Kami memberi maklum balas terhadap semua permintaan luar dan meminta maklumat daripada pihak berkuasa berkaitan untuk membantu dalam siasatan kami," menurut laporan itu, yang memetik Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).
Laporan itu menyebut CAD dan MAS mengeluarkan kenyataan bersama pada petang Isnin sebagai respons kepada pertanyaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Singapura tidak akan bertolak ansur dengan penggunaan sistem kewangannya sebagai perlindungan atau saluran untuk wang haram. Sejak pertengahan tahun lepas, CAD dan MAS menjalankan siasatan secara aktif mengenai kemungkinan pengubahan wang haram dan kesalahan lain yang dilakukan di Singapura.
"Berkaitan dengan siasatan ini, kami mendapatkan dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, menemu bual pelbagai individu, dan telah merampas sebilangan besar akaun bank," menurut kenyataan itu.
- The Malaysian Insider
Post a Comment