PETALING JAYA: Sebanyak lima nama dicalonkan oleh Dewan Pemuda PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak.
Ketuanya, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz berkata, lima calon yang dipilih itu memenuhi hasrat Dewan pemuda yang mahu meletakkan calon muda pada pilihan raya berkenaan.
“Calon yang kami cadangkan ini adalah mereka yang berwibawa dan anak Sarawak. Kami yakin Pas Sarawak akan pilih nama yang kami hantar ini untuk calon kerana mereka ini dipilih oleh parti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini hari ini.
Nik Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat dan PAS Sabah akan turun ke Sarawak setiap minggu untuk membantu jentera PAS Sarawak mulai sekarang hingga menjelang PRN nanti.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dengan DAP dari 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.-Free Malaysia Today
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.