Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mempertahankan tindakan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh 3 tahun kerana kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.
Menteri belia dan sukan itu turut mengakui belia tempatan sudah lama mengelakkan untuk menceburi pekerjaan 3D – sukar, kotor, bahaya dan Putrajaya tidak ada pilihan untuk berbuat sedemikian.
"Apa yang disebut TPM adalah keperluan tenaga buruh dari Bangladesh ini semuanya terhad seperti mana yang diperlukan di sektor perladangan, pembinaan dan sektor perkhidmatan pada hari ini tidak ada permintaan daripada pemuda tempatan.
"Jadi pihak perindustrian mohon untuk bawa tenaga buruh dari negara luar. TPM cakap kalau orang muda tak suka dengan dasar ini maka beliau sudah mengutarakan cabaran sama ada orang muda sanggup menceburi dalam sektor tersebut.
"Saya rasa ini adalah pandangan yang menggambarkan realiti di mana pemuda Malaysia mereka tidak mahu menceburi pekerjaan tersebut yang ditawarkan kepada pekerja asing buat masa ini terutamanya sukar, bahaya, dan kotor. Jadi, kami tidak ada pilihan lain," kata ketua Pemuda Umno itu di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sudah menjelaskan tentang situasi tenaga kerja di negara ini.
Terdahulu hari ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri mencabar golongan belia negara mengambil pekerjaan dalam sektor yang kini dikuasai pekerja asing memandangkan perdebatan hangat berhubung keperluan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh 3 tahun akan datang.
Zahid berkata, secara realistiknya belia Malaysia bersikap memilih dan tidak bersedia bekerja dalam sektor berkenaan.
- The Malaysian Insider
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.