KUCHING: Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Insfrastuktur Sarawak, yang juga ADUN Tupong Datuk Ir Haji Daud Abdul Rahman mengharapkan kemenagan besar daripada penggantinya pada Pilihan raya yang akan datang.
“Berilah sokongan seratus peratus kepadanya,” tambahnya.
Beliau mengingatkan agar penggantinya jangan jadi wakil rakyat yang bukan hanya ada pada pilihan raya sahaja, tapi jadilah wakil rakyat yang ada sepanjang masa.
“Jangan pula pada pilihan raya sahaja ada, lepas pilihan raya, tidur,” tegasnya.
Daud turut berkata, beliau akan tetap turun padang jika ada jemputan atau diperlukan dan terus kekal setia hanya kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN)
“Setelah di amanahkan menerajui DUN Tupong selama 25 tahun, saya merasakan Tupong adalah sebahagian daripada diri saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan selamat tinggal dan mengucapkan terima kasih kepada semua serta memohon maaf kepada semua sepanjang menerajui kawasan DUN Tupong.
“Setiap permulaan, ada akhirnya, itulah lumrah dunia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching semalam. – Sarawakiana
Post a Comment