BN mampu corak masa depan belia Sarawak


MIRI: Hanya kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya mencorak masa depan yang lebih cerah untuk golongan belia di negeri ini.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof semasa Perhimpunan 1,000 Belia DUN Lambir di Dewan Pavilion Hotel ParkCity Everly selama dua hari, berakhir semalam.

“Untuk masa depan anda (belia), pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah mengenal pasti siapa yang dapat mencorak masa depan yang lebih baik untuk anda.

“Dari segi politik, saya yakin parti yang dapat memperjuang masa depan anda ialah BN untuk negeri Sarawak”, katanya.

Aktiviti dua hari itu adalah anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN Lambir dan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir.

Ia berjaya menghimpun seramai lebih 1,500 belia dari kawasan DUN Lambir dari kawasan kampung, rumah panjang, ahli Pemuda serta pelajar sekolah menengah daripada SMK Riam, SMK Taman Tunku, SMK Agama dan SMK Luar Bandar.

Sehubungan itu, Fadillah yang juga ketua Pemuda PBB Sarawak meminta pengundi belia agar memberi majoriti kemenangan besar kepada calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sokongan padu juga harus diberikan kepada PBB yang merupakan parti tulang belakang

Katanya, kemenangan besar amat diperlukan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyuarakan hak dan mendapat lebih banyak projek pembangunan untuk Sarawak daripada kerajaan pusat.

“Sebab itu kita harus menyokong Ketua Menteri kita. Suaranya besar. Suaranya kuat. Dapat didengar. Kita harus memberi beliau majoriti besar. Supaya semua orang akan menghormatinya dan mendengar suaranya.

“Sebab apabila dia membawa majoriti yang besar, suaranya besar. Dia boleh berunding dengan Kuala Lumpur (kerajaan pusat) dan PM (Perdana Menteri) untuk yang lebih baik untuk Sarawak, “ katanya.

Fadillah menambah, selain politik perjuangan BN turut ditumpukan kepada pembangunan ekonomi dan sosial rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Penguasaan ilmu dan kemahiran di kalangan belia amat penting untuk membolehkan mereka mengisi ruang kerjaya yang ditawarkan oleh kerajaan hasil pembangunan yang dirancang.

Antaranya daripada pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) dan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Selain itu, PBB memainkan peranan membangun belia dengan mengasah dan menyerlahkan bakat mereka semasa program dianjurkan.

ADUN Lambir yang juga Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak dan Ketua Pemuda PBB Lambir Ripin Lamat turut mengumumkan penubuhan Briged Putera dan Puteri Lambir untuk penyertaan belia dari kawasan DUN Lambir.

Mengenai aktiviti perhimpunan itu, Ripin berkata selain mengukuhkan semangat perpaduan belia, ia juga berjaya menguatkan semangat patriotik serta meningkatkan pengetahuan mereka tentang peluang kerjaya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget