1.5 juta Bangladesh, pekerja tempatan hendak kerja apa?


TIDAK cukup lagikah 2.1 juta pekerja asing yang berdaftar di semua sektor. Termasuk yang menjadi jaga di hotel, kadang-kadang Bahasa Malayu dan Bahasa Inggeris pun tidak faham. Menurut perangkaan tidak rasmi, pekerja asing di Malaysia sudah mencecah 7 juta orang. Tiba-tiba kerajaan hendak membawa masuk lagi 1.5 juta daripada Bangladesh. Oleh itu pekerja Malaysia hendak kerja apa.

Sampai bila kerajaan hendak mengurangkan pergantungan kepada buruh asing. Sedangkan di dalam RMK11, kerajaan bercadang untuk mengurang 11 peratus pekerja asing. Kalaupun negara perlu sangat kepada pekerja asing, kenapa tidak didaftar semula dalam kalangan mereka yang masih tinggal secara haram di negara ini sebagai pekerja yang sah.

Adakah benar rakyat Malaysia tidak mahu bekerja. Adakah benar rakyat Malaysia malas bekerja. Adakah rakyat Malaysia memilih kerja. Atau ada dalam kalangan pemimpin rakyat Malaysia yang hendak berniaga buruh asing. Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran demikian tetapi masih ramai yang mahu bekerja di sektor separa mahir. 

Ada dalam kalangan siswazah yang bekerja juru pam minyak, operator kilang, restoran makanan segera, menjual top up telefon.

Apakah kerajaan tidak berfikir berapa billion setahun wang negara dihantar oleh buruh asing ke negara asal mereka. Adakah ini baik dari segi ekonomi untuk jangka panjang, kerana pendapatan mereka tidak dibelanja di negara kita. 

– HARAKAHDAILY

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget