RM30juta dana BERSIH 4.0, dari mana sumbernya?



KUALA LUMPUR- Sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Gabungan NGO Melayu Malaysia meminta Ketua Penganjur BERSIH 4.0, Marina Chin Abdullah untuk menyatakan sumber dana perhimpunan tersebut iaitu dianggarkan melebihi RM30 juta.

Pengerusinya, Datuk Jamal Mohd Yunus berkata seorang peserta yang akan menyertai perhimpunan tersebut akan akan diberikan wang sebanyak RM300.

"Saya turut dimaklumkan bahawa peserta akan diberikan dua helai baju t-shirt dan diberikan makanan sebanyak empat kali sehari.

"Jika dikatakan 100 ribu orang maka jumlah dana akan menjadi sebanyak RM30 juta. Itu belum merangkumi kos pengangkutan, makan dan minum.

"Mana datangnya dana sebanyak itu? Adakah ia datang daripada kerajaan negeri Selangor yang sekarang ini sedang hangat diperkatakan iaitu telah memintakan wang RM7.65 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.



Gabungan NGO Melayu Malaysia, BERSIH 4.0, Marina Chin Abdullah, Marina Chin

Menurutnya, laporan polis itu dilakukan bagi memberikan bukti kepada pihak polis supaya pihak polis boleh melakukan penyiasatan perkara tersebut.

"Terpulang kepada pihak polis untuk menyiasat ataupun untuk memberikan kepercayaan kepada orang ramai supaya wang yang digunakan oleh penganjur BERSIH 4 adalah daripada sumber sah dan halal.

Beliau juga menyarankan kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak mengambil wang tersebut ekoran sehingga kini tidak diketahui sumber dana bagi perhimpunan itu.

"Semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta jangan untuk mengambil wang itu jika mereka (peserta) tidak tahu mana datangnya sumber wang tersebut.

"Kita tidak tahu mana datangnya sumber wang tersebut. Ia mungkin datangnya sumber daripada wang judi, maksiat dan sebagainya. Saya peringatkan bahawa ia akan menjadi darah daging kita," tegasnya.-Rakyat News
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget