Ringgit jatuh kerana spekulasi politik melampau



PETALING JAYA: Spekulasi politik yang melampau antara faktor kejatuhan mata wang Ringgit berbanding dolar Amerika. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara. 

“Adanya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara,” kata beliau di blog najibrazak.com 

Dalam blog yang sama, beliau turut menggariskan tiga faktor lain, iaitu: 

(i) tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain; 

(ii) penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut’ 

(iii) jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika Bagaimanapun dalam entri yang dikemas kini, beliau optimis pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil. 

“Berdepan dengan faktor luaran dan cabaran dalaman termasuklah lakaran negatif oleh pihak tertentu terhadap keadaan ekonomi negara, hari ini dalam laporan terkini oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015. 

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara, ” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget