Polis Akan Siasat Dakwaan Anggotanya Tidak Endah Laporan Jenayah


KUCHING: Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menganggap dakwaan seorang pengguna media sosial mengenai polis yang enggan mengambil tindakan ke atas satu kejadian jenayah yang sedang berlaku kerana "kes bukan di dalam kawasan Balai Polis" terbabit adalah satu perkara yang serius.

"Saya telah arahkan pegawai saya untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan ini," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media setelah menghadiri Perhimpunan Ketua Polis Daerah Kuching di Padang Kawad, Balai Polis Tabuan Jaya, Kuching pagi tadi.

Menurut status pengguna media sosial tersebut yang sudah menjadi viral semalam, ada penjenayah telah masuk ke rumah beliau dan cuba membuka pintu bilik di masa dirinya bersembuyi. Apabila beliau menalipom Balai Polis Gita, anggota polis di balai tersebut memaklum kepadanya yang kawasan rumahnya bukan di dalam kawasan jagaan Balai Polis Gita.

"Saya maklumkan bahawa saya anggap ini kes serius. Mungkin ada berlaku salah faham dan sebagainya. Perkara ini dikatakan telah berlaku beberapa kali setelah persempadanan semula (kawasan) Gita dan Padawan telah di pisahkan."

"Polis ini Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Jika kes berlaku di Matang sekali pun kena pergi. Kita anggota PDRM dekat mana tempat pun kena pergi. Proses dari segi kerja tadi, itu boleh kemudian."

Roslan menyatakan, dalam kes ini, pihak Balai Polis Gita patut beri bantuan dan kemudian mereka boleh menghubungi balai Padawan berhubung kes tersebut.

"Beritahu Balai Polis Padawan yang Balai Polis Gita telah menghantar anggota dari Balai Polis Gita dan minta bantuan Balai Polis Padawan menghantar bantuan susulan segera."

"Mana-mana aduan kita perlu siasatan. Kita cuba dapat balik pembuat aduan dan mendengar cerita sebenar dan begitu juga dari pihak Balai Polis Gita yang bertugas ketika itu. Setelah mendengar cerita daripada kedua belah pihak, baharulah kita mengetahui siapa yabg salah dan siapa yang betul."

"Paling penting yang kita hendak adalah tiada lagi kes seumpama ini akan berlaku lagi. Jika pihak polis bersalah, saya mohon maaf," kata Roslan.

"Kita akan ambil tindakan dankita akan perbetulkan. Pada masyarakat pula, cara mewar-warkan dalam FB sebenarnya kurang sesuai. PDRM adalah polis anda, polis kita semua. Kits semua adalah rakyat Malaysia."

"Jatuhnya imej PDRM bermakna jatuhnya imej negara Malaysia. Kalau sudah viral satu dunia boleh baca. Belum tentu benda ini betul atau salah, tetapi satu dunia telah beranggapan pelik dengan PDRM," tambah Roslan lagi. - Sarawakiana
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget