Perlukan pembangunan tapi sokong pembangkang? : Asfia



KABONG: Penduduk Kabong diseru agar menyokong Barisan Nasional dalam PRN Sarawak akan datang memandangkan daerah tersebut bakal diluluskan sebagai DUN baru pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan pada Oktober nanti.

"Jika diluluskan, kawasan luar bandar akan mendapat banyak peruntukan pembangunan", tegas Datuk Amar Haji Mohammad Asfia yang juga menyatakan bahawa Kabong adalah antara 11 daerah mengundi baru.

"Kita perlukan pembangunan tetapi menyokong parti bebas atau pembangkang, macam mana nasib kita akan berubah?", tegas beliau.

"Kabong mempunyai 16 kampung dengan pengundi seramai 4,000 orang dan pada 2011 tewas sebab kita tidak bersatu", kata speaker DUN itu sambil memesan agar penduduk Kabong mencari pemimpin yang pandai dan jujur.

Beliau turut berkata, pada PRU13 yang lepas, wakil parlimen mendapat sokongan besar dari pengundi melayu, oleh itu beliau hendaklah peka dengan kawasan tersebut.

Pada majlis penyampaian hamper Hari Raya itu, Asfia turut menyeru agar rakyat Kabong terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dan memberi mandat kepadanya 5 tahun lagi.

"Ketua Menteri kita telah melakukan banyak perubahan, menghapuskan tol, menurunkan tarif elektrik", tambah beliau lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Awangku Sapie Awangku Sabli, Penolong Penguasa Daerah Kecil Kabong; Penghulu Haji Jerawi Amir, Penghulu Haji Kamaluddin Rambli, kaunselor alwi Sapali dan penduduk setempat.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget