Perantau Dayak di Semenanjung Malaysia diingat tidak lupa asal usul



SRI AMAN: Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie mengingatkan anak Sarawak terutama bangsa Dayak yang merantau mencari rezeki di Semenanjung Malaysia supaya tidak lupa asal usul mereka.

Katanya mereka diingatkan supaya mengekalkan adat serta kebudayaan dan bangga dengan identiti Dayak masing-masing.

“Ini penting supaya adat, kebudayaan dan identiti Dayak yang unik kekal selama-lamanya walaupun di negeri orang,” katanya.

Jelasnya, beliau tahu ramai anak Sarawak terutama kaum Dayak mencari rezeki di Semenanjung terutama Johor Bahru.

“Jadi walaupun menetap di sini namun asal usul, adat dan budaya kaum Dayak harus kekal dan dipelihara dengan baik,” katanya.

Doris selaku Ketua Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Santai Dayak Sarawak di Johor Bahru Bersama Pergerakan Wanita PRS anjuran Kelab PRS Johor Bahru di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Pada majlis itu Doris turut memperuntukkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM8,000 kepada Kelab PRS Johor Bahru yang dipimpin Handry Buan.

Menurutnya, Kelab PRS Johor Bahru ditubuhkan bagi membantu anak-anak Sarawak yang bekerja di Johor sekiranya menghadapi masalah di negeri orang.

“Selain itu ia juga bagi mengeratkan silaturahim dan mempertemukan kaum Dayak yang mencari rezeki di sini menerusi pentas Kelab PRS ini,” tambahnya.

Katanya tujuan penubuhan Kelab PRS ini bagi membantu kaum Dayak yang tinggal di sini menyelesaikan masalah dihadapi di sini,” kata beliau.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Politik Ketua Menteri Angeline Umih dan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PRS Bit Surang.- Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget