PAS yakin menang salah satu kerusi DUN Sarawak


MIRI: PAS yakin akan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak, Datuk Mustapha Ali.

Jelasnya, parti percaya satu daripada 10 kerusi yang mereka intai pada PRN nanti bakal dimenangi PAS.

“Kita menjangkakan PRN akan diadakan seawal penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya Mac depan, kita telah bersedia untuk mengemukakan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri,” katanya pada sidang media semalam.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tegas Ibrahim, pihaknya mengesah akan bertanding di enam kerusi DUN sementara empat lagi kerusi masing-masing dalam perbincangan di peringkat atasan.

Beliau memberitahu, PAS terus memperjuang isu masyarakat tempatan seperti kekurangan kemudahan asas, isu Tanah Adat Bumiputera (NCR) dan kebajikan rakyat.

“Kita percaya isu tempatan ini sudah sebati dengan PAS. Kita percaya sokongan rakyat Sarawak terhadap parti PAS akan terus meningkat,” jelasnya.

Terdahulu, Ibrahim menyempurnakan majlis perasmian Konvensyen PAS 2015 yang turut dihadiri lebih 100 perwakilan seluruh negara di Eastwood Valley Golf and Country Club semalam.

Konvensyen berkenaan dianjurkan sebagai persiapan menghadapi PRN Sarawak akan datang seterusnya merangka strategi untuk meraih sokongan rakyat pada PRN itu nanti.

Setakat ini, PAS tidak pernah memenangi mana-mana kerusi DUN pada PRN Sarawak dan mereka percaya pilihan raya akan datang akan mengubah sejarah terbabit.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget