Berfikirlah dengan bijak, kata Fadillah



KUCHING: Datuk Seri Fadillah Yusof berpesan agar rakyat berfikir dengan bijak dalam menilai maklumat yang ada semasa meneroka dunia siber.

"Kita perlu berfikir dengan bijak samaada dari website, Facebook dan lain-lain lagi maklumat yang perlu kita percayai", kata beliau yang juga menegaskan bahawa adalah perlu memastikan remaja dan anak-anak dapat diberi maklumat yang betul agar mereka tidak terpengaruh dengan perkara yang boleh menimbulkan perpecahan.

Ahli Parlimen P194 Petrajaya itu semasa ucapannya pada majlis Ramah Tamah Aidlfitri anjuran KRT, JKKK dan PBB Kampung Bintangor turut berkata, "Seperti contoh, maklumat yang senang dimanipulasi ialah, saya dikatakan membawa UMNO masuk ke Sarawak sedangkan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan tersebut", tegas beliau.

"Perkara yang berlaku di Low Yatt hanyalah insiden kecil, namun apabila ianya dimanipulasikan secara negatif di media siber, telah menimbulkan kebencian antara kaum sedangkan ianya hanyalah perselisihan faham yang kecil", tambah beliau dan berpesan agar rakyat perlu bersyukur kerana Sarawak merupakan negeri yang hidup harmoni dalam kelompok berbilang kaum dan agama.

Puan Faridah Osman, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta ketua-ketua masyarakat turut hadir dalam majlis tersebut semalam.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget