PAS datang selamatkan rakyat Sarawak: Nik Abduh



KUCHING: "PAS datang ke Sarawak untuk menyelamatkan rakyat kerana telah dicengkam oleh parti pemerintah sedia ada sekian lama," kata Nik Abduh Nik Aziz semasa dalam ucapan perasmian Pelancaran Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Sarawak semalam. Beliau berkata,"Rakyat dinafikan hak dan tugas PAS mencelikkan rakyat tentang hal ini".


Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia itu, kehadiran dan program himpunan ini julung kalinya menghimpunkan seluruh Exco DPPM yang pertama kali mengadakan mesyuarat jawatankuasa penuh di Sarawak. Ia sebagai tanda jarak tidak menjadi ukuran antara Semenanjung dan Sarawak pada masa kini.

"PAS di Sarawak bukan baharu dan kekuatannya sudah mendahului negeri Sabah apabila hampir berjaya memenangi DUN Beting Maro dengan hanya kalah majoriti tipis 391 undi pada PRN yang lepas. Kesannya, parti pemerintah sedia ada sudah tidak memandang enteng kpd kewujudan PAS di Sarawak", tambah Nik Abduh.

Menurut beliau lagi,"PAS juga akan berusaha berbincang dengan parti-parti pembangkang di Sarawak bagi menambah bilangan kerusi untuk bertanding berbanding kerusi yang sedia ada bertanding 6 DUN kepada beberapa DUN lain di Sarawak. Pertambahan ini menjadi peluang meluaskan usaha dakwah sedia ada walaupun kawasan bertanding masih baru bertemu mata dengan pengundi".

Beliau turut menegaskan bahawa PAS merupakan parti berasaskan ideologi Islam sebagai dasar dan teras. Islam sejak dahulu menjadi penyatuan tidak kira agama, bangsa dan bahasa. Ini perlu dilihat dalam memposisikan PAS di Sarawak.

Nik Abduh menyeru agar jentera pemuda fahami matlamat perjuangan PAS dan memasuki pilihanraya sebagai kemuncak usaha. "Tanpa menafikan kerja kerja dakwah dan tarbiyah yang kita jalankan selama ini sebagai usaha bersama ahli dan rakyat," seru beliau.

"Jentera juga kena fahami ilmu pilihanraya. Begitu juga dalam hal ehwal dakwah kena fahami ilmu dakwah, dalam tentera kena fahami ilmu strategi ketenteraan. Maka ilmu pilihanraya sebagai alat perhubungan mendapat undi dalam PRN nanti", kata anak kepada arwah Nik Aziz itu.



Seramai 120 orang Pemuda yang terdiri daripada Pemuda dari seluruh negeri Sarawak termasuk Exco Pemuda DPPM telah bersama-sama menjayakan program ini. Sempena Himpunan ini juga, flag off penerusan jentera dan gerak kerja Pemuda menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, pelancaran Kempen ‪#‎kamekpengundipas‬ serta kempen Beli, Baca & Beri Harakah telah disempurnakan.
Pada sebelah siang semalam juga telah diadakan Bengkel Pilihanraya dan Sesi Brainstorming untuk menyelaras serta membincangkan misi, visi, isu dan perancangan jentera Pemuda PAS Sarawak.

PAS Sarawak akan bertanding di sekurang-kurangnya 6 Kerusi DUN dan kemungkinan menambah sehingga 10 Kerusi DUN dalam PRN akan datang.

Turut hadir dalam program tadi termasuklah Ustaz Salman Hashim (Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua Pemuda DPPM), Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Naib Ketua Pemuda DPPM), Sdr Syarhan Humaizi Halim (Pengarah Pilihanraya DPPM), Sdr Mukhtar Suhaili (Setiausaha PAS Sarawak merangkap Bendahari DPPM), Sdr Mohammad Arifiriazul Paijo (Ketua Pemuda PAS Sarawak), Sdr Lokman Abdul Rahim (Pengarah Pilihanraya DPPN Sarawak), Exco DPPM, Exco DPPNS dan Pemuda-pemuda Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

datang dengan bawa air liur basi tak payah lah..tak kan nak tadah tabung derma jugak kat sana..balik lah semenanjung pas woi..

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget