Orang Sarawak masih merempat, kata Nurul Izzah



SIBU: Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar semalam mempersoalkan mengapa rakyat Sarawak masih merempat sedangkan Perdana Menteri menerima 'derma' sebanyak RM2.6 billion.

"Kita mahu pimpinan baru yang dapat memperjuangkan hak rakyat di Negeri Sarawak", kata Nurul yang turut menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan Adenan Satem yang tidak berubah dengan tetap menyokong kepimpinan Najib Razak.

Nurul turut mempersoal semua kakitangan kerajaan mengapa masih berdiam diri selepas Pengarah Operasi SPRM dan Pengarah Cawangan Khas dipecat dan dilayan umpama sampah. "Tidak pasti siapa sebenarnya Perdana Menteri Malaysia, samaada Dato Seri Najib atau Datin Rosmah Mansor", tambahnya lagi.

"Tiada satu sen pun yang dilesapkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi pemimpin Barisan Nasional melesapkan serta menyeleweng sesuka hati duit rakyat", tegas anak kepada Presiden PKR itu.

Selain itu, Nurul Izzah turut menyatakan bahawa PKR terbukti mentadbir 2 negeri terkaya di Malaysia dan mendapat anugerah 4 bintang dari Jabatan Audit Negara."18 Point Roadmap oleh PKR sarawak bukanlah omong kosong", ujar beliau.

Dalam ceramah itu juga, Nurul berpesan kepada yang hadir agar menyampaikan kepada masyarakat bahawa keadaan ekonomi negara sangat tenat, banyak konspirasi akan dibuat dan mereka (BN) akan menyalahkan pihak pembangkang.

Beliau menambah, "Jika Malaysia adalah negara demokrasi, mengapa pemimpin PKR tiada ruang untuk bercakap dan berkempen di kaca televisyen".

Nurul turut menggesa agar openduduk di Sarawak mengundi Keadilan dan memberi peluang kepada pimpinan PKR untuk PRN Sarawak yang akan datang.

"Jika PKR menang, kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang akan dihentikan", tegas Nurul Izzah.

Turut hadir pada ceramah sempena pelancaran '18 Point Roadmap' tersebut ialah Pengerusi PKR Sarawak, YB Baru Bian serta pimpinan utama PKR Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget