BETONG: Wakil Rakyat akan berusaha memberikan pembangunan yang berterusan di Kawasan Betong dan luar bandar secara berterusan, kata ADUN Saribas, YB Mohd Razi Sitam dalam sambutan majlis ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Bungin semalam.
"Peruntukan jalan simen akan diberikan secara berterusan di kawasan perkampungan", tambah Razi yang juga menegaskan bahawa antara usaha untuk membantu rakyat di kawasan tersebut termasuklah menaiktaraf jalan serta parit melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
Beliau juga berkata, kebanyakan permohonan dari MPOB untuk menanam kelapa sawit adalah dari kawasan Saribas.
"Saya akan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan kemudahan Kampung tanpa wayar di DUN Saribas", tambah beliau.
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Bungin, Betong itu merupakan anjuran bersama AJK Dewan Pahlawan Tujuh, PBB Ranting Kpg Bungin, Rela Bungin, Komuniti 1 Malaysia dan PIBG SK Bungin.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Betong;Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, Dr. Richard Rapu selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Pegawai dari Pejabat Daerah Betong, Ketua Masyarakat dan penduduk setempat.-SarawakLIVE
Post a Comment