Jambatan bernilai RM53 juta; peruntukan pembangunan RM6 juta untuk penduduk Bako



KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem semalam merasmikan pelancaran Projek Pembinaan Jambatan Bako yang bernilai RM53 juta.

Jambatan sepanjang 2.97 kilometer ini bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan Bako dan secara langsung memberi manfaat kepada 3,000 orang penduduk di kawasan tersebut.

"Pengundi di N5 Demak Laut adalah penyokong kuat PBB dan Barisan Nasional", kata Adenan yang juga menyatakan bahawa dahulunya beliau pernah bertanding di kawasan DUN yang sama.

"Terima kasih kepada kerajaan Negeri Sarawak kerana telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan jambatan Bako", kata Ahli Parlimen Santubong, Dato' Seri Wan Junaidi.

Pada majlis tersebut, cek berjumlah RM6 juta turut disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak kepada wakil penduduk untuk tujuan pembangunan infrastruktur seperti parit, dewan, tambak, jalan termasuk lampu jalan di kawasan seperti Kampung Bako, Tabuan Melayu, Kampung Gobielt dan beberap kawasan lain dalam DUN Demak Laut.

Haji Wahid Sani ketika ditemui berkata,"Dengan adanya pembinaan jambatan dan pembinaan lampu jalan dari Jernang ke Muara Tebas ini, maka isu tegar yang selalu dimainkan oleh pembangkang sebelum ini tidak akan kedengaran lagi pada PRN akan datang", kata Ketua Kaum Kampung Bako Hulu itu yang juga berharap tidak ada lagi bakal calon pembangkang dari Bako selepas ini.

Sebelum itu, Dato' Seri Wan Junaidi menegaskan,"Pembangkang hanya pandai bercerita".

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Dr. Hazland Hipni, Datuk Amar Awang Asfia, Datin Seri Jamilah Anu dan ketua-ketua masyarakat kawasan setempat.-SarawkLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget