DAP tolak permbangunan luar bandar, kata Adenan



KUCHING: DAP tidak bersetuju peruntukan disalurkan ke luar bandar sedangkan kebanyakan rakyat miskin terdapat di luar bandar, kata Adenan dalam ucapan semasa pelancaran Projek Pembinaan Jambatan Bako semalam.

Menurut beliau, DAP menolak cadangan itu semasa sidang DUN yang lepas semasa wakil rakyat BN mengesorkan penambahan peruntukan untuk membangunkan kawasan luar bandar.

Selain itu, Adenan menyatakan bahawa antara usaha-usaha yang telah direalisasikan ialah penghapusan pembayaran tol di Baram dan Lanang, manakala penghapusan pembayaran tol di Jambatan Tun Sallehuddin masih dalam perbincangan dengan pihak pemaju.

Dalam majlis itu, Adenan turut berkata,"Walaupun baru 15 bulan menjadi Ketua Menteri Sarawak, dalam masa yang singkat tersebut kadar bayaran elektrik penduduk Sarawak dapat dikurangkan".

Ketua Menteri Sarawak itu turut menyentuh isu pembalakan haram di Sarawak yang mana setakat ini sudah 200 serbuan telah dibuat. "Saya isytihar perang kepada orang yang mencuri kayu balak", tambah beliau.

Menurutnya lagi, segelintir pegawai perhutanan disifatkan buta dan tuli kerana tidak mengambil tindakan ke atas pembalak-pembalak haram. " Sekarang banyak kilang kayu sudah ditutup kerana selama ini kilang-kilang tersebut mengusahakan kilang mereka menggunakan kayu hasil pembalakan haram", tegas beliau.

Pada majlis yang sama, Adenan sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan pruntukan untuk jalan raya Pan Borneo yang bernilai jutaan ringgit.

"Terima kasih juga kepada kerajaan pusat kerana melantik ramai Menteri dan Menteri penuh dari kalangan rakyat Sarawak", tambah beliau sambil mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Wan Junaidi yang dilantik sebagai Menteri penuh untuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam ucapannya itu, Adenan berharap penduduk menyokong agar khidmat beliau dilanjutkan selama 5 tahun lagi.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget