BERSIH 4.0 dibenar jika patuhi akta

Penganjur dinasihat bincang dengan polis mengenai hasrat berhimpun

KUCHING: Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 28 dan 30 Ogos depan boleh diterus dengan syarat pihak penganjur mematuhi peraturan dan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Muhammad Fuad Abu Zarin berkata, polis tidak melarang mana-mana pihak berhimpun, asalkan dianjur mematuhi peruntukan ditetapkan.

“Sebaiknya, pihak penganjur datang berbincang supaya boleh berbincang dengan mereka seperti di mana berkumpul, laluan mana sesuai diikuti, beri nasihat supaya jangan bawa senjata atau alat berbahaya dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 4.0 pada 28 dan 30 Ogos ini pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Komander Briged PGA Sarawak Datuk Isa Munir dan Komander Polis Marin Wilayah 5 Sarawak ACP Kalaichelvan Nadarajan.

Perhimpunan BERSIH 4.0 difahamkan akan diadakan serentak di tiga lokasi bermula jam 2 petang pada 29 Ogos dan berlanjutan sehingga melepasi tengah malam 30 Ogos iaitu sepanjang 34 jam.

Antara empat tuntutan pada perhimpunan ini ialah ‘membersihkan’ pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.

Ketika ditanya sekiranya pihak penganjur telah meminta kebenaran untuk menganjurkan perhimpuan tersebut, Fuad berkata:

“Setakat ini belum (mohon) lagi. Namun kita akan kenalpasti penganjur dan panggil mereka untuk berbincang dengan kita terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, polis terpaksa mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur enggan bekerjasama,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget