Mustahil rampas kuasa daripada BN


KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mengakui bahawa adalah mustahil bagi pembangkang untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa berkata, ini kerana bertanding di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah menjadi tugas yang mencabar dan sukar bagi pembangkang, apatah lagi kini akan ada 82 kerusi untuk ditandingi.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Makan Malam DAP Sarawak di sebuah restoran di Jalan Simpang Tiga di sini, malam kelmarin.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget