Muslimat PAS Sarawak bersiap hadapi Pilihan raya



SIBU:Bidikan tepat anak panah pada sasaran peta Negeri Sarawak menjadi simbolik pembakar semangat Dewan Muslimat PAS Sarawak untuk bergerak kerja pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Panahan tersebut disempurnakan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh ketika merasmikan Himpunan Jentera Muslimat PAS Sarawak, di sini 9 Ogos lalu.

Himpunan tersebut melibatkanpenyertaan Muslimat PAS dari seluruh pelusuk negeri Sarawak, meliputi Limbang sehingga Kuching di mana telah memberi gambaran positif kesediaan Muslimat dalam menempuhi PRNyang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja.


Terdahulu, sehari sebelum himpunan, Jentera Muslimat PAS Sarawak telah turun ke Dun Beting Maro dalam program Gerak Gempur Beting Maro.

Tujuan utama program ini adalah untuk Muslimat PAS Sarawak turun ke medan bertemu mata dengan pengundi di Beting Maro bagi meyampaikan sumbangan kepada golongan MOSWA yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Muslimat PAS Sarawak.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Sarawak, Dayangku Huda Ahmad, kedatangan Jentera Muslimat PAS Sarawak ke Dun Beting Maro disambut baik oleh penduduk setempat.

Katanya, dengan harapan yang menggunung tinggi, penduduk Dun Beting Maro meluahkan rasa gembira dan berbesar hati menerima kehadiran PAS.


“Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan kewujudan GST yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN, yang mana menjerut leher peniaga-peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah di sekitar Dun Beting Maro khususnya dan Malaysia amnya,” ujar beliau.

Gerak Gempur diakhiri dengan Munajat Perdana dan Taujihat Khas oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Dr Wahibah Tahir.

Ustazah Dr Wahibah dalam ucapannya menekankan kepentingan kefahaman bergerak kerja dalam Jemaah Islam dan mengingatkan kembali jentera muslimat mengenai keberadaan Jemaah islam PAS dalam pilihan raya.



- PAS Negeri Sarawak

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget