LAWAS: Masyarakat luar bandar perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meneruskan kesinambungan dasar pembangunan dilaksanakan di kawasan pedalaman.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata tanpa kekuatan politik masyarakat luar bandar kehilangan segala yang mereka miliki suatu masa kelak.
Menurutnya, masyarakat luar bandar yang memiliki kuasa politik yang boleh dapat membawa banyak per-ubahan kepada kehidupan mereka seperti pendidikan, mengangkat taraf ekonomi dan memajukan kawasan di luar bandar.
“Malah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem juga komited membawa kemajuan luar bandar melalui tumpuan lebih pelbagai agensi kerajaan sedia ada,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kampung Ladang Baru kelmarin.
Turut sama isterinya yang juga Pengerusi PERKIM Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Setiausaha Kerja PBB Sarawak Awang Bujang Awang Antek, Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim, Temenggung Sabli Hamid dan Ketua Wa-nita PBB Bukit Sari Kaunselor Aishah Bahar.
Menteri Kemudahan Awam dan Pembangunan Perindustrian itu mahu semangat Hari Raya Aidilfitri dijadikan wadah memperkemas semangat perpaduan dan memperkasa kekuatan politik di sini.
“Semangat perpaduan, kesungguhan untuk berjaya dalam pendidikan dan segala diusahakan mestilah dilipatgandakan,” katanya.
Beliau meminta ibu bapa dan guru terus membimbing anak-anak berjaya dalam pe-lajaran di samping bekalan pendidikan agama membentengkan mereka dengan anasir luar yang membawa kerosakan kepada generasi muda.
“Kita minta polis dan agensi penguat kuasa serius membanteras aktiviti pe-nyalahgunaan dadah dan perjudian siber di sini daripada berleluasa.
“Orang ramai perlu memberi kerjasama menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti haram terutama pembalakan haram yang merosakkan alam sekitar seperti jalan raya dan sebagainya,” jelas beliau.
Katanya penduduk juga harus merebut segala peluang yang disediakan kerajaan untuk berjaya dalam sektor perusahaan kecil, penternakan dan pertanian.
- Borneo Post Online
Post a Comment