KUCHING: Pengisytiharan Kuching sebagai Bandar Raya Perpadu-an hari ini, 1 Ogos akan meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini khususnya bandar raya Kuching.
Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Kuching merupakan bandar raya pertama di dunia diisytiharkan sebagai Bandar Raya Perpaduan.
Sebagai bandar raya pertama menerima pengiktirafan ini, ia menurut Abang Johari sudah tentu akan menarik lebih ramai kedatangan pelancong luar ke negeri ini.
“Saya yakin jumlah kedatangan pelancongan akan bertambah tahun ini di mana untuk empat bulan pertama ini sahaja ia telah meningkat kepada lapan peratus.
“Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita hendak mengekalkan Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan selepas pengisytirannya esok (hari ini), 1 Ogos 2015,” katanya pada sidang media ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Sehati Sejiwa Berambeh Syawal di Gelanggang Badminton, RTM di sini semalam.
Dalam pada itu dita-nya mengenai usaha bagi mempromosikan Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan selepas pengisytiharannya, Abang Johari berkata kerajaan menerusi kementeriannya telah mempunyai beberapa pendekatan bagi tujuan itu.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pendekatan-pendekatan yang telah dirancang oleh kementeriannya buat masa ini dalam usaha mempromosikan Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan.
Mengulas lebih lanjut mengenai perisytiharan itu, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata ia telah melalui proses penilaian dan kriteria yang amat ketat.
Enam kriteria yang harus ditepati untuk diisytihar sebagai Bandar Raya Perpaduan ialah kepelbagaian etnik dan budaya, tole-ransi agama, persekitaran yang kondusif kepada kepelbagai kaum, sistem pendidikan, institusi pengajian tinggi yang memberi persekitaran selesa kepada warganegara dari negara-negara lain serta aspek kesihatan.
“Yayasan 1Malaysia (Y1M) telah menjalankan kajian di bandar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan bandar-bandar lain dan mendapati Kuching adalah bandar raya yang mempunyai kesemua elemen ini.
“Jika bandar kedua di negeri ini seperti Miri dan Sibu mampu menepati kriteria-kriteria ini berkemungkinan juga bandar-bandar ini berpotensi untuk diisytiharkan sebagai Bandar Raya Perpaduan dalam penilai-an-penilaian seterusnya,” ujarnya.
Terdahulu ketika ber-ucap pada majlis itu, Abang Johari berkata di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, kerajaan akan memastikan semangat perpaduan di negeri ini akan terus dikekalkan.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri tetap dengan pendiri-an tidak akan membenarkan individu atau mana-mana pihak pelampau memasuki negeri ini.
Abang Johari turut me-nyampaikan peruntukan berjumlah RM10
- Borneo Post Online
Post a Comment