Low Yat 2: Teresa tuduh Ismail Sabri ekstrem

Kenyataan yang dibuat Ismail itu dikatakan melanggar sumpahnya sebagai menteri untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

PETALING JAYA:Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mencadangkan penubuhan Low Yat 2 yang khusus untuk peniaga alat telekomunikasi berbangsa Melayu dan bumiputera, dibidas pemimpin DAP

Dalam status terbaru Facebooknya, yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempersoalkan syor berkenaan yang didakwanya sebagai bersifat perkauman.

Bahkan kenyataan yang dibuat Ismail itu dikatakan melanggar sumpahnya sebagai menteri untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya mahu bertanya kepada Ismail Sabri, selepas menubuhkan Low Yat 2 untuk Melayu, adakah beliau akan menubuhkan Plaza 3 untuk India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 5 untuk KDM (Kadazan, Dusun dan Murut), dan Low Yat 6 untuk Orang Asli?

“Saya ingin menasihati Ismail Sabri supaya berhenti menjadi ekstrem dan tidak masuk akal. Sebagai menteri kabinet, beliau sepatutnya mempromosi perpaduan nasional, bukannya pengasingan kaum,” tulis Teresa di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Ismail Sabri mencadangkan Tingkat Tiga Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk dijadikan pusat perniagaan alat telekomunikasi dan teknologi khusus untuk peniaga Melayu, dan ia diberi nama Low Yat 2.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Kalau DAP nak promosikan perpaduan kaum sila setuju dengan cadagan untuk mansuhkan SRJK (C) dan SRJK (T), itu pun pengasingan kaum juga, jangan hanya tau hentam orang saja, tapi diri sendiri macam bangsat pula.

Meskipun begitu, Najib perlu menjelaskan mana perginya RM 2.63 bilion yang kononnya derma untuk UMNO dari tok arab tu? Ada ke dalam penyata kewangan UMNO bagi tahun 2013 dicatatkan mengenai penerimaan derma sebanyak RM 2.63 bilion itu?

Kalau Najib kata dia gunakan untuk UMNO, sila senaraikan apa yang dah dia belanjakan dengan wang sebanyak itu dan sila kemukakan bukti berupa resit dan lain-lain dokumen yang boleh membuktikan wang itu digunakan untuk UMNO.

Najib tak bolehlah pakai main cakap saja kata buat itu ini untuk UMNO gunakan wang itu, sebab perlu faham, Najib menggunakan wang derma untuk UMNO (katanyalah), maka perlu patuhi sistem perakaunan bila gunakan wang milik parti, bukannya boleh guna tak tentu pasal saja, sebab bukannya duit najib, malahan orang berniaga runcit, berniaga pasar malam, pun ada penyata kira-kira mereka, apatah lagi sebuah organisasi besar seperti UMNO.

Saya hingga kini tidak mempercayai bahawa RM 2.63 bilion itu adalah wang derma untuk UMNO, kerana wang derma itu dikatakan diberikan oleh seorang tok arab dari timur tengah, persoalannya apa kejadahnya tok arab tu nak beri derma kepada UMNO kerana tok arab tu bukannya warganegara Malaysia pun, malalah bukannya ahli UMNO pun, apahal dia nak beri wang sebanyak itu kepada UMNO?

Najib perlu bersikap jujur, tak payahlah nak heret parti untuk turut lingkup bersamanya pula. Kini tak pasal-pasal Barisan Nasional disaman oleh pembangkang untuk membatalkan keputusan pilihanraya umum ke 13, tak pasal-pasal UMNO dan Barisan Nasional diheret ke mahkamah akibat skandal jenayah pengubahan wang haram Najib ini yang tak pasal-pasal diseret masuk menjadi masalah kepada UMNO dan Barian Nasional pula.

Ahli-ahli UMNO masih tak sedar lagikah, apakah dalam 3 juta ahli UMNO ini masih ramai yang tak sedar lagikah?

Sepatutnya semua ahli-ahli UMNO peringkat cawangan membuat perhimpunan di cawangan masing-masing untuk membentuk sebuah memorandum untuk mendesak Najib menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh rakyat pasal 1MDB dan isu RM 2.63 bilion dalam akaunnya itu, serta RM 2 juta dalam akaun bininya itu. Malahan dalam memorandum itu juga perlu mendesak Najib supaya membersihkan nama baik UMNO dari skandal jenayahnya itu, sila Najib keluarkan masalah peribadinya dari UMNO, jangan babitkan UMNO dengan skandal jenayah Najib itu, sebab yang buat jenayah adalah Najib, bukannya UMNO, jadi UMNO tak patut dibabitkan dan diseret menanggung masalah sekandal jenayah Najib itu, Najib buat sendiri, maka Najib tanggunglah sendiri.

Semua ahli-ahli UMNO sekalian, adakan mesyuarat khas di cawangan masing-masing, buat memorandum seperti yang saya nyatakan di atas dan serahkan kepada bahagian masing-masing dan serahkan satu salinan kepada UMNO Pusat.

Najib perlu menjawab semua itu, Najib perlu selesaikan semua itu, Najib perlu bersihkan nama baik UMNO dari semua skandal jenayah peribadi Najib itu.

Jika Najib tak boleh nak selesaikan isu ini, dalam memorandum itu mendesak supaya pihak UMNO Pusat mengadakan sidang khas bagi memecat Najib dari parti UMNO.

Walaupun Najib Presiden UMNO, tapi perbuatan Najib adalah mengkhianati UMNO, mengkhinati Perjuangan UMNO yang selama ini berjuang demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Ahli-ahli UMNO sekalian, kita perlu bertindak segera sebelum terlewat, walaupun kini nasi dah jadi bubur, kita boleh buat bubur lambuk atau bubur ayam atau bubur apa pun yang lebih sedap, itu masih boleh dimakan, tapi jangan sampai bubur tu dah hangus,periuk dah rentung, dapur dah terbakar, silap haribulan dengan ‘rumah’ UMNO sendiri hangus terbakar juga.

Selamatkan UMNO demi perjuangan Agama, Bangsa, dan Tanah Air selagi kita masih berpeluang melakukannya.

Sedarlah semua.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget