KUCHING, 4 Ogos: Bandaraya Kuching dipilih sebagai bandaraya perpaduan pertama di dunia setelah memenuhi 6 kriteria utama, kata Abang Johari semalam.
Dalam ucapannya semasa majlis ramah-tamah KRT N8 Satok itu beliau turut berkata antara faktor utama Kuching dipilih kerana terdapat perkahwinan campur, toleransi yang tinggi, mempunyai penuntut dari luar negara dan pastinya Kuching adalah sebuah bandaraya yang aman.
"Sarawak dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Adenan Satem mengutamakan perpaduan dikalangan rakyat, juga telah berusaha membanteras pembalakan haram, menurunkan tarif elektrik dan memansuhkan tol di Kuching penghujung tahun 2015", jelasnya.
Beliau berkata, perlantikan Tan Sri Adenan sebagai Ketua Menteri mendapat sokongan semua pimpinan PBB.
"Saya berharap agar perpaduan dapat dieratkan demi kesinambungan pembangunan yang berterusan", kata beliau.
Majlis ramah-tamah Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga N8 Satok itu turut dihadiri oleh Tan Sri Jamil Johari, Tan Sri Ahmad Urai, Pemanca Haji Rosli Haji Sahari dan Encik Dirwana Haji Azool, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Sarawak.
Post a Comment