Kestabilan politik hasil kerjasama dan sokongan rakyat


KESTABILAN politik yang dinikmati hari ini adalah hasil kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat di negeri ini kepada pimpinan kerajaan sedia ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, masyarakat di Beting Maro harus mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman politik yang berpecah-belah.

“Fahaman politik yang kucar- kacir sekiranya diamalkan berterusan akan memecah-belah perpaduan dalam kalangan masyarakat di sini.

“Malah keadaan ini boleh menghancurkan ikatan silaturahim dan persaudaraan sesama kita seterusnya banyak perkara akan hilang.

“Oleh itu sama-samalah kita mengekalkan dan memelihara keamanan dan kestabilan yang dikecapi hari ini dengan sokongan padu kepada pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Semarang di Masjid Darul Ehsan di Beting Maro, baru-baru ini.

Razaili juga menggesa masyarakat di kawasan tersebut menjadikan kehadiran Syawal untuk bersama memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian.

“Dalam keriangan kita merayakan Hari Raya Aidilfitri ia sebenarnya ruang untuk memelihara perpaduan di samping kestabilan dan keamanan,” tambahnya.

Terdahulu Razaili berkesempatan meluangkan masa menjamu juadah raya bersama masyarakat Kampung Semarang serta mengagihkan duit raya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pegawai Agama Islam Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Betong Ustaz Aswat Osen, Penghulu Kampung Semarang Sardon Sebeli, Pegawai JASA Batang Lupar Zaidel Ripin, Pegawai JASA Beting Maro Salim Sabian, Guru Besar SK Semarang Maszain Masrais serta ketua-ketua kaum dan Ketua Ranting PBB.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget