Enam soalan untuk Zahid Hamidi tentang kemasukan 1.5 juta pekerja baru Bangladesh


Kumpulan masyarakat sivil termasuk NGO, kesatuan sekerja, dan persatuan majikan perlu mengalu-alukan tawaran Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, untuk mengadakan mesyuarat bagi menjelaskan cadangan kerajaan mahu mengimport 1.5 pekerja Bangladesh sepanjang tiga tahun akan datang.
Mesyuarat ini amat penting kerana segala strategi kerajaan dalam hal ini adalah salah atas banyak sebab. Dan ia nampaknya tidak difikirkan semasak-masaknya.
Rancangan Malaysia Kesebelas menyatakan bahawa menjelang tahun 2020, kira-kira 1.5 pekerjaan baru akan dihasilkan dengan meningkatkan produktiviti pekerja, dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja migran yang berkemahiran rendah.
Jadi, soalan pertama dalam mesyuarat itu untuk Zahid adalah: dengan membawa masuk 1.5 pekerja Bangladesh, bagaimana ia dapat mencapai cita-cita negara dan matlamat Malaysia pada 2020?
Zahid telah menyatakan cadangan kemasukan pekerja itu akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan kedua-dua negara. Namun, laporan media Bangladesh membayangkan ia akan dilakukan melalui proses komersil oleh syarikat.
Bagaimana dengan syarikat broker buruh Malaysia yang bersaing di pasaran Bangladesh? Adakah syarikat-syarikat ini akan menjadi orang tengah kepada kerajaan Malaysia untuk mengendalikan kemasukan 1.5 juta pekerja itu? Dan apakah terma dan syaratnya?
Dengan itu, soalan kedua adalah: siapa yang bohong?
Jadi, dua soalan lagi untuk Zahid adalah: apakah alasan untuk membawa masuk lagi pekerja dari luar apabila sudah ada jutaan pekerja migran di dalam negara? Dan adakah Zahid akan menghentikan usaha membawa masuk pekerja ke Malaysia?
Sejak sekian lama kita telah melihat Malaysia mengalu-alukan kemasukan pekerja migran. Dan kita juga telah melihat bagaimana mereka diberi layanan buruk dan kejam oleh pegawai imigresen dan broker buruh, termasuk RELA, apabila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.
Soalan kelima untuk Zahid adalah: apakah usaha ekstradisi atau pengampunan yang akan dibuat, setelah menyedari bahawa usaha yang sama sebelum ini sentiasa gagal?
Apa yang jelas adalah pelbagai kementerian dan agensi kerajaan tidak sekepala dalam hal ini. Dan jelas juga Malaysia perlu mengurangkan pergantungan kepada pekerja migran yang mana pengendaliannya tidak dirancang sempurna.
Lebih penting lagi, kerajaan tidak mengambil kira kritikan, contohnya hujah yang menyatakan bahawa dengan membawa masuk sejumlah besar pekerja migran, ia mempunyai kemungkinan mengurangkan gaji pekerja Malaysia.
Dan, kita perlu bertanya sama ada persetujuan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja ke Malaysia adalah untuk memberi habuan kepada broker buruh atau untuk menangani permintaan pasaran tempatan.
Jadi, soalan terakhir untuk Zahid: sudahkan kementerian menjalankan Kajian Penilaian Keperluan Pasaran Buruh untuk mengesahkan justifikasi membawa masuk pekerja yang diperlukan dalam beberapa tahun akan datang – kajian yang perlu membentangkan keperluan kemahiran, kelayakan, termasuk unjuran pekerjaan mengikut industri dan sektor untuk beberapa tahun akan datang?
Jika Zahid teragak-agak atau gagal menjawab semua soalan di atas, semua yang hadir di mesyuarat dengan Zahid nanti patut meminta beliau pulang untuk membuat homework dahulu sebelum membenarkan kemasukan 1.5 juta pekerja migran yang baru. – Roketkini.com

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget