Dua sekolah rendah DUN Simanggang bakal miliki dewan serba guna: Harden


SRI AMAN: Dua sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang bakal memiliki dewan serba guna tersendiri tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.
Menurutnya, dua sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Paku Undop dan SK Batu Lintang Undop.
Katanya, kerajaan negeri meluluskan peruntukan masing-masing berjumlah RM500,000 tahun lepas untuk tujuan membangunkan dewan serba guna di kedua-dua sekolah berkenaan.
“Dengan terbinanya kedua-dua buah dewan ini kelak, ia bakal mengatasi masalah kedua-dua sekolah ini mengelola acara besar seperti majlis penyampaian sijil dan jadiah serta majlis rasmi lain.
“Buat masa ini, kedua-dua sekolah ini terpaksa menggunakan bilik darjah untuk tujuan mengadakan majlis-majlis rasmi untuk pelajar sekolah ini,” ujarnya.
Harden yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina Brayun Hilir di sini malam kelmarin.
Tambah Harden lagi, kerja-kerja membina dewan serbaguna ini telahpunn bermula pada awal tahun ini dan mengambil masa beberapa bulan untuk siap.
“ Dewan ini nanti mampu menampung jumlah sehingga 500 orang dalam satu-satu masa dan dewan ini juga merupakan satu lagi pembangunan infrastruktur di kedua-dua sekolah ini,” katanya lanjut.
Turut hadir sama pada majlis rumah terbuka berkenaan, Temenggung Sii Toh Peng, Pemanca Lee Siang Hua, Kapitan Tiong Chung Onn, Kapitan Tay Siaw Chuan serta yang lain.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget