KUCHING: Dr Hazland bin Abang Hipni akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N5 Demak Laut atas tiket Barisan Nasional (BN) untuk penggal kedua pada pilihan raya negeri ke-11 yang diadakan selewat-lewatnya Jun tahun depan.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem juga merangkap Pengerusi BN Sarawak membuat pengumuman ringkas mengenai perkara itu semasa ucapan perasmian majlis Pelancaran Projek Jambatan Bako di sini semalam.
"Pada PRN akan datang setakat ini calon di sini (Demak Laut) tidak lain, tidak bukan Dr Hazland," kata Adenan yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ketika berucap pada majlis tersebut.
Pada PRN Sarawak ke 10 lepas , Dr Hazland berjaya menewaskan Ali Hossen Abang (PKR) dengan majoriti 3,752 undi; sebanyak 5,522 undi untuk BN berbanding PKR yang memperoleh hanya 1,770 undi.
Adenan berharap semua rakyat di DUN Demak Laut dapat menerima Dr. Hazland dan memberi peluang kepadanya untuk meneruskan perkhidmatan.-SarawakLIVE
Post a Comment