BN tipu rakyat, kata Aziz DAP




KUCHING: "BN janji hendak buat rumah, tapi janji dicapati", kata Abdul Aziz Isa dalam sesi turun padang DAP Petrajaya semalam. 

Aziz bertemu dengan Puan Sherizzan Binti Kusdi yang telah membina rumahnya dari bahan kitar semua dan kos pembinaan adalah RM500. "Kesemuanya dari barangan terpakai yang dikutip oleh ibu tunggal ini", tambah Aziz. 

Menurut Aziz lagi, Puan Sherrizan tinggal di Kampung Gita Lama dan  membina rumah ini tanpa bantuan dari kerajaan BN. Ibu kepada 10 anak ini menerima bantuan kebajikan sebanyak RM400 setahun. 

"Tanah beliau sudah disukat dengan No Lot 2300 Blok 6 Matang Land seluas 216.8 meter persegi. Beliau layak mendapat bantuan PPRT tapi BN tipu beliau",tegas Aziz. 

Aziz, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak itu turut menyatakan bahawa pihak DAP akan cuba sedaya-upaya untuk membantu Puan Sherizzan dan anak-anak beliau. 

"Pemuda PBB semua tidur, tak boleh harap. Cakap banyak tapi habuk pun tak ada", tambah Aziz yang merupakan bakal calon DAP untuk kawasan Melayu pada PRN Sarawak akan datang.- SarawakLIVE

Post a Comment

DAP lagi teruk...kencing rakyat...apa citer Kampung Buah Pala?

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget