Biar saya selesaikan beberapa perkara dulu – Mohd Shukri



KUALA LUMPUR - “Nanti baru saya cakap, biar saya selesaikan beberapa perkara dahulu,” kata Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat.

Mohd Shukri yang sebelum ini dikhabarkan diarah mengambil cuti, tiba dari Dubai pada jam 9.40 malam and difahamkan beliau kemudian bertemu dengan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

Namun kandungan pertemuan singkat antara 10 dan 15 minit di bilik VIP, tidak didedahkan.

Beliau keluar dari lapangan terbang pada kira-kira jam 10 malam ditemani oleh 10 pengawal peribadi dan beberapa wakil SPRM dan apabila disoal oleh wartawan, beliau hanya menjawab: “Saya akan cakap dengan anda nanti. Terima kasih atas sokongan.”

Bulan lalu, Mohd Shukri berkata, SPRM telah membuka kertas siasatan ke atas SRC Inernational Sdn Bhd dan dakwaan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

SRC International merupakan syarikat subsidiari kepada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, Mohd Shukri menawarkan dirinya ditukar dengan dua pegawainya, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob yang pada Jumaat lalu ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakan kedua-dua pegawai itu, menerima lawatan dari pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dibuat atas arahannya.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget