#BERSIH4.0: Jangan bawa budaya negatif Semenanjung, kata Fadillah

Perhimpunan BERSIH 4.0 hanya merugikan


KUCHING: Perhimpunan BERSIH 4.0 yang ingin diada-kan di Kuching pada hujung bulan ini hanya akan merugi-kan dan dikhuatiri berakhir dengan kekecohan.

Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berkata budaya negatif Semenanjung Malaysia itu wajar dihindari, penduduk Sarawak selama ini hidup aman dan harmoni.

“Jangan bawa budaya negatif dari Semenanjung yang boleh mencetuskan kekecohan, menjejas kestabilan politik, keamanan dan perpaduan kaum ke Bumi Kenyalang.

“Rakyat Sarawak hidup aman harmoni selama ini. Saya percaya mereka cukup bijak untuk tidak terpengaruh hasutan penganjur Perhimpunan BERSIH 4 supaya menyertai perhimpunan yang dicadangkan 29 dan 30 Ogos ini,” katanya.

Menurutnya, perhimpunan BERSIH dianjur sebelum ini terutama di Semenanjung semuanya berakhir kekecohan sehingga menyebabkan kecederaan kerana keengganan peserta perhimpunan mematuhi peraturan dan sengaja melakukan provokasi terhadap berkuasa.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai di Sarawak supaya jangan menyertai perhimpunan berkenaan yang hanya merugikan semua pihak.

Tegasnya, dakwaan pembangkang kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menumpang populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, jika Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya negeri akan datang, juga tidak berasas sama sekali.

Jelas ia adalah taktik kotor penganjur didalangi pembangkang dalam usaha mengeliru dan memperdaya-kan rakyat seterusnya untuk meraih sokongan rakyat Sarawak menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Dakwaan ‘menumpang populariti’ itu juga jelas me-nunjukkan bahawa mereka sentiasa mencari ruang untuk melaga-laga pemimpin BN hinggalah ke peringkat masyarakat.

“Rakyat Sarawak dapat menilai sendiri dan menikmati sendiri keamanan dan kemakmuran yang dibawa BN di Sarawak selama ini.

“Malah kepimpinan dan dasar yang dilaksanakan Ke-tua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, jelas berjiwa rakyat dan cukup disenangi majoriti rakyat di negeri ini,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget