Bangga pelajar di Sarawak berbilang bangsa



KUCHING: Rakyat Sarawak berbangga kerana sekolah-sekolahnya terdiri daripada pelajar berbilang bangsa, kata Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud.

"Dengan kepimpinan guru-guru yang ada sekarang, Kuching High School mampu mendidik pelajar lebih cemerlang", tambah beliau dalam sambil mengucapkan tahniah kepada semua pelajar diatas kecemerlangan dalam tahun-tahun yang lepas.

Berucap semasa perasmian blok baru Sekolah Menengah Kuching High anjuran Persatuan Teochew semalam, TYT Sarawak itu turut menyatakan bahawa persatuan tersebut telah wujud sejak 150 tahun yang lalu dan masih dikekalkan komunitinya di negeri Sarawak.

Beliau menambah, persatuan ini mampu bekerjasama dengan masyarakat setempat yang terdiri daripada berbilang kaum.

"Saya percaya kerjasama selama ini dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan yang lain", ujar beliau.

Sekolah Kuching High sebelum ini dikenali sebagai Chung Hua Middle School No.2 ditubuhkan pada tahun 1916.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato Seri Mahdzir Khalid-Menteri Pendidikan Persekutuan, YB Datuk Hajah Fatimah, YB Datuk Lee Kim Shin, YB Dr. Jerip Susil,Goh Leng Yeu-Pengerusi Persatuan Teochew Kuching, Tan Kiang Tuang-Pengetua dan Datuk James Chan-MBKS.
-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget