DAP Dedah Siapa Adenan Sebenarnya


BINTULU: “Suatu idea yang baik untuk kesejahteraan rakyat tidak datang secara tiba-tiba; seperti menghapuskan tol, menurunkan tarif elektrik dan memperjuangkan pendidikan cina. Namun semua idea itu datang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP),” kata ADUN Dudong Yap Hoi Leong.

Menurut Yap, semua itu bukanlah idea Ketua Menteri Adenan seperti yang didakwa ramai pihak.

Malah katanya, Adun Kidurong Chiew Chiu Sing adalah orang pertama yang meminta kerajaan menghapuskan tol, menurunkan tarif elektrik dan memperjuangkan pendidikan cina.

“Pemimpin DAP telah memperjuangkan isu tersebut sehingga akhirnya kerajaan akur untuk menghapuskan tol dan menurunkan tarif elektrik” katanya di hadapan sekitar 1000 tetamu di New World Restaurant di sini pada sabtu lalu.

Majlis Makan malam tersebut dianjurkan DAP Bintulu bertemakan “Berani Ubah, Ubah 4 Real Change” turut digunakan sepenuhnya oleh pemimpin DAP untuk mendedahkan siapa sebenarnya Adenan ( Ketua Menteri Sarawak).

Yap yang juga Timbalan Setiausaha DAP Sarawak mendedahkan Ketua Menteri pernah menjemput DAP untuk minum bersama dan meminta idea.

“Sebab itulah semua kerja yang Adenan buat ketika ini adalah cadangan dari DAP,” dedahnya.

Beliau menambah, di kedai kopi semua orang bercerita tentang kebaikan Adenan, dan tak tau apakah disebalik kebaikan yang ditunjukkan.

“Hakikatnya Adenan tiada beza dengan ketua menteri terdahulu,” jelasnya. – Sarawak Live

Post a Comment

Sjujurnya saya sokong dimana parti dap dn parti bn duduk bbincang sesama sendiri demi ksajeteraan rakyat Sarawak amnya.TDK slah Cara cm kita tu TP dap TDK perlu Utk beritahu hal ITU krana wakil dap juga org kerajaan yg sama2 mbtk kerajaan cuma tugas dlm dun yg bebeza dimana mberi pandangan Dan bankang yg patut Demi masa depan sarawak. Kita sbg rakyat Sarawak perlu bediri sama tunggu ddk sama rendah BG mcapai status ngara maju dlm pbtkan msia.lupa kan hal parti TP kembalikan pjanjian Malaysia 1963 krn ITU satu2 kunci kjayaan kita warga Sarawak amnya...

Action speaks louder than words!

Saya setuju dengan pendapat En. Minggat. Perlu diingat oleh semua, tujuan asal perjuangan adalah untuk membangunkan Sarawak. Maka "Di Gelanggang Kita Lawan, Di Luar Kita Kawan". Bila kita diluar, sama-samalah kita memikirkan cara terbaik untuk menjaga kesejahteraan rakyat serta meningkatkan aspek ekonomi dan sosial. Ini kerana rakyat tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan sebarang pembangunan. Rakyat hanya mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sahaja yang mana akan menjadi proxy kepada proses pembangunan. Ada kalanya kedua-dua pihak perlu mengetepikan perasaan ego masing-masing dan fokus kepada membangunkan rakyat. BN Sarawak dan Party Alternatif sama-sama mempunyai wakil di dalam DUN. Sama-samalah berfikir serta berbincang tentang cara menyelesaikan masalah serta berani menegur secara konstruktif mana-mana kelemahan masing-masing. "MENEGUR JANGAN SAMPAI MENGHINA..MENDIDIK JANGAN SAMPAI MEMAKI..MEMINTA JANGAN SAMPAI MEMAKSA..MEMBERI JANGAN SAMPAI MENGUNKIT". GOD bless Sarawak.

DAP Sarawak perlu belajar lagi cara berpolitik di Sarawak. Tok Nan jemput atas dasar keinginan beliau utk membangunkan Sarawak. Wajarlah anda dijemput utk dipinta pandangan. Sekarang diungkit...sepatutnya Tok Nan dipuji kerana bersikap liberal. Kalau betul-betul nak perjuangkan nasib rakyat Sarawak....jangan guna platform DAP....ya parti orang Malaya. Gunakan parti lokal walaupun pembangkang. Selagi menggunakan parti asing...selagi itu rakyat Sarawak tak berkenan nak memilih roket.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget