1MDB tempelak Tony Pua berdolak dalik

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menempelak Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua yang dilihat berdolak-dalik serta mempersoalkan laporan PAC mengenai syarikat pembangunan strategik itu selepas beliau sebelum ini menandatangani laporan itu tanpa ragu-ragu.

Kenyataan 1MDB menyatakan rasa terkejut dengan komen Pua yang mendakwa hanya ’80 peratus’ berpuas hati dengan laporan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

“1MDB telah memberikan semua dokumen dalam pemilikannya kepada Jabatan Audit Negara (JAN).

“Ia juga telah menjelaskan kepada JAN kenapa dokumen-dokumen lain tidak dapat diperoleh. YB Tony tahu ini semua namun tetap terus mengitar semula kenyataannya,” kata kenyataan itu menambah bahawa laporan konsensus itu adalah dokumen komprehensif dan konklusif.

“PAC telah meminta agensi penguat kuasa relevan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. YB Tony perlu menghormati keputusan kolektif PAC, menghentikan politik retorik dan membenarkan pihak berkuasa undang-undang melakukan kerja mereka,” kata kenyataan itu.

Pua, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dalam sidang media di pejabat DAP pada Jumaat mendakwa beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu.

Ia kerana masih terdapat banyak perkara yang belum selesai lantaran 1MDB masih belum menyerahkan semua dokumen yang diminta.

PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.- BNBBC News
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget