Wakil rakyat k’jaan dampingi rakyat untuk ketahui masalah, keperluan mereka, laksana pembangunan Wakil rakyat k’jaan dampingi rakyat untuk ketahui masalah, keperluan mereka, laksana pembangunan
MIRI: Usaha kerajaan lima tahun lalu menyelesaikan pelbagai masalah dan isu berbangkit, ditambah dengan pembangunan dilaksanakan menepati janji dan keperluan rakyat memberi keyakinan tinggi kepada Barisan Nasional (BN) memperolehi semula mandat.
Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata sepanjang lima tahun lalu wakil-wakil rakyat kerajaan berusaha keras turun padang mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah serta keperluan mereka dan melaksanakan pelbagai pembangunan terutama infrastruktur di bandar dan luar bandar.
“Ini termasuk di Miri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin menyaksikan pembangunan pesat terutama rangkaian jalan raya yang memberi keselesaan kepada penduduk di sini.
“Di kawasan saya, Senadin dalam tempoh lima tahun lalu lebih RM200 juta dibelanjakan untuk membina infrastruktur utama – jalan raya tidak termasuk jalan-jalan kampung di skim penempatan Tudan dan Tudan Desaras sudah siap dan diturap,” katanya di sini, kelmarin.
Lee memberitahu, antara jaringan jalan sudah siap ialah jalan raya dari Pujut 7 menuju ke Jambatan ASEAN sepanjang 12 kilometer menelan belanja RM115 juta, jalan baharu dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menuju ke Pujut Padang Kerbau bernilai lebih RM30 juta dan jalan baharu menghubungkan Hospital Miri dengan Riam Batu 2 menelan kos RM7 juta.
Manakala pembangunan sedang dilaksanakan ketika ini ialah Jalan Tudan yang dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong menelan belanja lebih RM40 juta.
“Sepanjang tahun lalu kerajaan memindahkan lebih 150 keluarga di kawasan setinggan ke skim penempatan semula Tudan Desaras di samping membangunkan empat pusat penjaja masing-masingnya di Pusat Komersil Morsjaya, Desa Senadin dan dua buah di Bandar Baharu Permyjaya.
“Semua peniaga tidak berlesen sebelum ini ditempatkan di pusat-pusat penjaja ini bagi memberi peluang kepada mereka berniaga dengan selesa di pusat khas yang disediakan dan dilengkapi kemudahan,” tambahnya.
Ekoran ‘tugasan’ cemerlang kerajaan itu, Lee percaya sokongan rakyat juga meningkat sekali gus memberi keyakinan kepada beliau menarik lebih banyak majoriti di kawasan Senadin berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat yang sudah menerima dan menikmati kemudahan serta pembangunan disediakan supaya menterjemahkan terima kasih kepada sokongan kepada calon BN pada PRN nanti.
Lee yang berjaya mempertahan kerusi Senadin pada PRN 2011 dengan kemenangan tipis mengatasi calon PKR Dr Michael Teo akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi itu pada PRN kali ini.-Borneo Post
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.