Terjemahkan populariti Adenan kepada undi:Zahid


SIBU: Rakyat negeri ini digesa menterjemahkan populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kepada undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat harus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Adenan yang mempunyai pendekatan tersendiri dan menitikberatkan keperluan rakyat.

Ditanya mengenai tarikh penamaan calon dan PRN yang dicadangkan Ketua Menteri, Zahid menyatakan bahawa Adenan tahu tarikh itu adalah tarikh yang menjadi hak mutlak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Beliau tahu bahawa tarikh itu adalah tarikh yang menjadi hak mutlak kepada SPR, tetapi beliau mewakili kerajaan negeri hanya mencadangkan tarikh berkenaan.

“Manakala keputusan muktamad itu di tangan pengerusi SPR,” jelasnya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), semalam.

Ditanya mengenai mobiliti anggota di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelang PRN, Zahid berkata ia tidak akan mengganggu jentera sedia ada di Sarawak.

Sementara itu, Zahid berkata Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) telah ditubuhkan untuk menggantikan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dengan menyerapkan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk berada dalam AKS.

“Setakat ini, kita memobilisasikan di kawasan sempadan di utara Semenanjung Malaysia pada peringkat awalnya dan kita sedang menyusun agar AKS untuk sempadan Sabah dan Sarawak juga menggunakan kaedah yang sama.

“Saya berharap jemaah menteri memberi kelulusan untuk pembentukan di Sabah dan Sarawak dan kita gunakan modus operandi berdasarkan mobilisasi PGA yang berada di kedua-dua negeri ini untuk berada di sempadan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berada di sempadan,” katanya.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ia bersesuaian dengan GBC (General Border Committee) yang telah sekian lama dibentuk oleh Kementerian Pertahanan dengan beberapa negara jiran di ASEAN.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget