Serang Menyerang Amanah – Pas, Tanda Kejayaan Awal Dap


KUALA LUMPUR – Kemelut berterusan antara Pas dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dianggap satu kejayaan awal Dap dalam usaha menghuru-harakan parti Pas sekaligus melemahkan parti berkenaan yang tidak bersama di dalam Pakatan Harapan.

Bekas Aktivis Pas, Ustaz Mohd Reeza Kamarudin berkata secara prinsipnya dan secara dasarnya perkara berkenaan ada asasnya setelah hari ini masing-masing dilihat berbalas kenyataan secara terbuka antara satu dengan yang lain khususnya dalam soal tuntutan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau begitu juga dalam soal keahlian yang mana masing-masing secara tegas dan secara konsisten menyebut mendapat sambutan yang secara jelas memperlihatkan perang terbuka antara kedua-dua parti tersebut.

“Yang untung dan yang akan mendapat keuntungan adalah Dap dan juga PKR…mereka ini berpeluk tubuh melihat gelagat kedua-dua parti tersebut saling serang menyerang dan saling membuat kenyataan sesama mereka.

“Itulah bijaknya mereka berpolitik dan itulah cerdiknya mereka. Yang menjadi mangsa keadaan bukankah Pas kerana parti tersebut berada di luar kerangka Pakatan Harapan. Percayalah terus menerus akan menjadi mangsa politik dan mangsa kelahiran Amanah itu sendiri,“ katanya.

Ustaz Reeza seterusnya menambah Amanah akan terus memainkan peranannya untuk melemahkan Pas sekaligus berharap boleh menjadi pengganti kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam Pakatan Harapan.

Tegas beliau setelah agenda tersurat dan tersirat tidak dapat dilaksanakan semasa berada di dalam Pas, inilah waktu terbaik bekas-bekas mereka yang berada di dalam saf kepimpinan Pas sebelum ini untuk menunjukkan taring masing-masing.

“Sebab itulah saya sejak daripada dulu lagi amat mengharapkan Pas perlu ada sedikit keberanian untuk melahirkan pendirian mereka yang tersendiri khususnya di Selangor. Sampai bila mereka akan terus berada bersama Dap dan PKR.

“Alasan macam-macam boleh bagi namun biarlah ada pendirian. Tegakkan pendirian Pas itu sendiri untuk membuktikan mereka bukannya parti murahan sebaliknya parti yang mempunyai kekuatan berbanding Amanah dan juga sekutu pembangkang yang lain,“ katanya.

Sebelum ini dilaporkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor sedang bersiap sedia untuk menentang Pas di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diwakili parti Islam itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.

Selain itu turut dilaporkan pertembungan soal keahlian kedua-dua parti terbabit yang mana Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata pihaknya tidak akan membuang masa menyiasat dakwaan ahli parti itu menyertai Pas semula.

Kenyataan beliau itu adalah rentetan kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa beliau mempunyai bukti ada anggota Amanah kini mengubah haluan menyokong perjuangan Pas.

- UMNO-Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget