Richard Riot Meterai MOU bawa 1.5 juta pekerja Bangladesh


Malaysia dan Bangladesh memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor di Malaysia.

Laporan The Daily Star menyebut perjanjian baharu itu menyaksikan buruh warga Bangladesh akan direkrut ke dalam sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan

Perjanjian itu ditandatangani di antara Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh, Nurul Islam di Dhaka, Bangladesh tengah hari tadi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menegaskan, pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

kilang banglaMajikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh terbabit iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans, pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat, gaji dibayar melalui bank dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada akhir lawatannya ke Amerika Syarikat dilaporkan berkata akan membincangkan cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu bersama timbalannya sekembalinya beliau ke Malaysia.

Untuk rekod, levi bagi pekerja Bangladesh ditetapkan pada kadar RM1,946.- BNBBC News

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget