PAS alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya


PAS semalam mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili PAS, pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan ahli Amanah terdiri daripada kalangan bekas ahli PAS.

"(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kota Baru.

Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.

Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Baru berkata tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.

Mengulas mengenai tindakan Adun Salor Datuk Husam Musa yang yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.

"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget