‘Mahathir tak akan gagal, pandangannya sama seperti Tuhan’

Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini melahirkan keyakinannya bahawa bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya dalam kempen menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Beliau mengisytiharkan bahawa bekas perdana menteri itu tidak akan gagal kerana apa yang diperkatakan oleh Mahathir mengenai Najib selaras dengan ajaran kitab-kitab agama.

"Saya telah baca buku-buku agama.

"Allah, Jesus, Buddha dan dewa-dewa Hindu mengatakan adalah tidak betul untuk mengambil wang orang lain dan memasukkannya ke dalam akaun kita sendiri.

“Hanya Najib kata ini adalah betul," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.

Mengulas dakwaan pengkritik yang merasakan bahawa bekas perdana menteri itu mula kehabisan tenaga, Ling berkata mereka yang mempunyai pandangan yang sama seperti tuham tidak akan gagal dalam usaha mereka.

Beliau kemudian menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan dirinya sebagai contoh.

"Oleh itu, (apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai kegagalan sebenarnya) sebahagian daripada perjalanan ke arah kemenangan," katanya.

Sejak April tahun lalu, Mahathir menerajui kempen untuk menggulingkan Najib yang satu ketika dahulu mendakwa beliau sebagai calon terbaik untuk jawatan tertinggi negara itu.

Perdana Menteri menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa tuduhan rasuah dibuat dibuat oleh pihak-pihak yang berkomplot untuk menjatuhkannya.

Selasa lalu, Mahathir menegaskan beliau tidak akan berputus asa dan berikrar akan terus mendesak Najib supaya berundur. - Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget