Kalimah ‘Allah’ tidak dibenarkan selagi BN Perintah, kata Violet Yong


SERIAN: Rakyat akan terus tertindas dan terkongkong selagi Barisan Nasional (BN) yang memerintah, malah kalimah Allah pun tidak dapat digunakan oleh penganut agama lain, selain islam sekiranya BN terus memimpin negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N10 Pending, Violet Yong membuat pesanan demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya DAP bagi DUN N.23 Bukit Semuja dan DUN N.22 Kedup disini pada selasa.

Menurutnya, kerajaan BN hanya menyusahkan rakyat dan contohnya yang paling jelas ialah perlaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Beliau turut menyeru rakyat setempat memilih DAP serta menolak kepimpinan BN yang menyusahkan rakyat dan penuh dengan skandal rasuah.

“Kejatuhan nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama adalah berpunca dari pemimpin BN,” katanya dihadapan kira-kira 200 orang penduduk yang hadir.

Beliau menjelaskan DAP memiliki tujuan utama iaitu membawa kemajuan kepada rakyat yang tertindas oleh kepimpinan BN.

Terdahulu DAP melancarkan projek Paip Air Graviti "Impian Sarawak DAP" anjuran DAP Kawasan Serian.

“Jelas sekali BN tidak mampu memikul tugas yang diamanahkan rakyat, sebab itulah masih ada kampung yang belum memiliki kemudahan asas terutama air dan elektrik,” tegasnya. – Sarawak Live

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget